4.2 -
Kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Pentadbiran Malaysia terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan.
Pembahagian Kuasa
Kuasa Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri meliputi kuasa perundangan dan kuasa pemerintahan.
Tujuan pembahagian kuasa – Melicinkan sistem Persekutuan dan mengelakkan permasalahan antara kedia-dua peringkat kerajaan.
Kerajaan Persekutuan – Diberikan kuasa yang lebih besar.
Kerajaan Tempatan – Tiada peruntukan kuasa yang khusus.
Kerajaan Tempatan – Diletakkan di bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Kuasa Kerajaan Persekutuan
Parlimen – Institusi yang membuat undang-undang bagi seluruh Malaysia.
Kuasa pemerintahan Kerajaan Persekutuan – Mengikut Senarai Persekutuan.
Senarai Persekutuan – Meliputi skop kepentingan nasional dan aspek perkhidmatan berhubung dengan pentadbiran negara.
Antara yang terkandung dalam Senarai Persekutuan:
Hal ehwal luar negeri
Pertahanan
Keselamatan dalam negeri
Pentadbiran keadilan
Kewarganegaraan
Kewangan
Perhubungan dan pengangkutan
Pelajaran
Perubatan dan kesihatan
Kuasa Kerajaan Negeri
Setiap negeri di Malaysia mempunyai Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kuasa DUN – Menggubal undang-undang negeri.
Kuasa pemerintahan Kerajaan Negeri – Mengikut Senarai Negeri (dalam Perlembagaan Persekutuan)
Antara perkara yang terkandung dalam Senarai Negeri:
Undang-undang Islam
Tanah
Pertanian dan perhutanan
Kerajaan tempatan
Hari kelepasan negeri
Senarai Bersama – Perkara yang membolehkan Parlimen dan DUN menggubal undang-undang untuk perkara yang sama. Antaranya:
Kebajikan awam
Biasiswa
Perlindungan haiwan liar dan taman negara
Perancangan bandar dan luar bandar
Kesihatan awam, kesihatan dan pencegahan penyakit
Kebudayaan dan sukan
Perumahan
Peruntukan Tambahan bagi Sarawak dan Sabah – Bagi menyesuaikan kemasukan negeri berkenaan ke dalam Persekutan Malaysia
Antara tambahan kepada Senarai Negeri bagi Sarawak dan Sabah:
Undang-undang dan adat anak negeri
Mahkamah Anak Negeri
Kereta api di Sabah
Antara tambahan kepada Senarai Bersama bagi Sarawak dan Sabah:
Undang-undang diri termasuklah berhubung dengan perkahwinan, penceraian, penjagaan anak, nafkah dan sebagainya berkaitan dengan undang-undang keluarga.
Penyelidikkan pertanian dan perhutanan, pengawalan makhluk perosak dan pencegahan penyakit tumbuhan.
Pilihan raya bagi Dewan Negeri.
Akta Imigresen 1963 – Kerajaan Negeri Sarawak dan Sabah diberi kuasa untuk mengekalkan kuasa kawalan, kemasukan dan kediaman di negeri berkenaan.
Peranan Kerajaan Tempatan
Kerajaan Tempatan – Kerajaan peringkat ketiga.
Kuasa Kerajaan Tempatan – Mentadbir dan melaksanakan tanggungjawab dalam sesebuah kawasan tempatan atau daerah kecil yang diwartakan.
Lebih dikenali sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan berada dia bawah kuasa Kerajaan Negeri.
Menjadi perantara Kerajaan Negeri dengan rakyat.
Digariskan oleh Akta Kerajaan Tempatan 1976 [Akta 171].