4.3 -
Kerjasama Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri
Kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi aspek pembangunan sosioekonomi, pemeliharaan khazanah negara, perumahan dan keselamatan.
Kerjasama Pembangunan Sosioekonomi
Kerajaan Persekutuan – Menubuhkan agensi yang dapat memberikan bantuan kewangan dan kepakaran kepada Kerajaan Negeri.
Kerajaan Negeri – Menyediakan tanah untuk tujuan pembangunan.
Pembangunan Tanah
Pada awal kemerdekaan – Kerjasama ini tertumpu pada pembukaan tanah baharu dan pembangunan In-Situ.
1956 – FELDA ditubuhkan untuk mengurus dan menyalurkan bantuan kewangan kepada Kerajaan Negeri.
1966 – FELCRA ditubuhkan untuk menyatukan, memulihkan dan membangunkan tanah Kerajaan Negeri yang terbiar.
Pembangunan Wilayah
1970 – Kerjasama sosioekonomi diperluas kepada pembangunan wilayah berdasarkan pembangunan kawasan.
Agensi pembangunan di Sarawak:
Lembaga Kemajuan Tanah Sarawak (LKTS)
Lembaga Penyatuan Pemuliharaan Tanah Sarawak (SALCRA)
Agensi pembangunan di Sabah:
Lembaga Kemajuan Tanah Sabah (SLDB)
Pembangunan Koridor Wilayah
2005 – Kerjasama sosioekonomi dilaksanakan melalui Pembangunan Koridor Wilayah berlandaskan projek pembangunan.
Pembangunan Koridor Wilayah – Perancangan strategik jangka panjang yang memberi tumpuan kepada pembangunan di negeri dan wilayah yang kurang pesat.
Tujuan – Mewujudkan keseimbangan pembangunan negeri dan wilayah.
Kerjasama Pemuliharaan Khazanah Negara
Kerajaan pada setiap peringkat bekerjasama mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan seperti Taman Negara dan Taman Laut bagi mengekalkan warisan biodiversiti.
Pengurusan Taman Negara
Pengurusan hidupan liar dan taman negara – Tanggungjawab bersama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
1972 – Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 [Akta 76] memperkukuhkan lagi kerjasama ini.
2010 – Akta ini diganti dengan Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 [Akta 716].
1972 sehingga 1978 – Kerajaan Persekutuan mengambil alih pentadbiran semua Jabatan Mergastua Negeri (kemudiannya dikenali sebagai PERHILITAN) di semenanjung Malaysia.
PERHILITAN – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara.
Taman negara di Sarawak – Terletak di bawah pengurusan Perbadanan Perhutanan Sarawak.
Taman negera di Sabah – Terletak di bawah pengurusan Jabatan Hidupan Liar Sabah.
Pengurusan Taman Laut
42 buah pulau di perairan Kedah, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Labuan diwartakan sebagai taman laut sejak tahun 1994.
Kerajaan Persekutuan – Membentuk dasar berkaitan dengan taman laut.
Kerajaan Negeri – Berkuasa terhadap pembangunan pulau.
Mesyuarat Majlis Penasihat Kebangsaan Taman Lautdan Rizab Laut – Menyelaras pentadbiran taman laut.
Jabatan Taman Laut Malaysia
Ditubuhkan pada tahun 2007.
Bertanggungjawab secara keseluruhan dalam dasar pengurusan taman laut di Malaysia.
2018 – Pengurusan taman laut dipindahkan kepada Jabtan Perikanan Malaysia.
Di Sabah – Kawasan perlindungan marin di bawah tanggungjawab Kerajaan Negeri melalui Taman-Taman Sabah.
Kerjasama Penyediaan Perumahan Rakyat
Pelbagai strategi dan langkah yang diambil oleh kerajaan untuk memastikan rakyat dapat memiliki rumah sendiri.
Perumahan Awal Kemerdekaan
Pada awal kemerdekaan – Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bekerjasama menyediakan perumahan kos rendah.
Tujuan – Menyediakan perumahan kos rendah terutamanya di kawasan bandar.
Kerajaan Persekutuan – Menubuhkan Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk meningkatkan usaha menyediakan perumahan kos rendah.
Kerajaan Negeri – Menyediakan yang dijual pada tanah pada harga rendah kepada Kerajaan Persekutuan untuk membina rumah.
Perumahan untuk Mengatasi Masalah Kemiskinan
Selepas tahun 1970 – Kerajaan bekerjasama bagi membina rumah untuk rakyat berpendapatan rendah.
Tujuan – Menyelesaikan masalah kekurang rumah dan menghapuskan kemiskinan.
Kerajaan Persekutuan – Melaksanakan Program Perumahan Rakyat (PPR) untuk membina perumahan awam di seluruh negara.
Kerajaan Negeri – Menubuhkan agensi pembangunan untuk membina rumah bagi rakyat berpendapatan rendah dan memperkenalkan program Perumahan Awam Kos Rendah (PAKR)
Perumahan Mampu Milik
2014 – Majlis Perumahan Negara ditubuhkan.
Tujuan – Untuk merangka strategi menyediakan perumahan mampu milik.
Program peringkat Persekutuan
Perbadanan Perumahan 1Malaysia (PRIMA)
Rumah Mesra Rakyat di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Program peringkat negeri
Rumah Selangorku (Selangor)
Rumah Mampu Milik Johor (Johor)
Kerjasama Menjamin Keselamatan dan Kedaulatan Negara
Keselamatan dan pertahanan negara – Di bawah kuasa Kerajaan Persekutuan.
Keselamatan dalam negeri dan ketenteraan awam – Di bawah kuasa Kementerian Dalam Negeri (KDN).
Pertahanan negara – Di bawah Kementerian Pertahanan (KEMENTAH).
Majlis Keselamatan Negara (MKN) – Menyelaraskan keselamatan dan pertahanan negara.
Pemerintahan Keselamatan Daerah Rajang di Sarawak
Disebabkan ancaman komunis meningkat di Sarawak – Tun Abdul Razak mengisytiharkan Bahagian Ketiga Sarawak sebagai RASCOM pada 26 Mac 1972.
RASCOM – Rajang Area Security Command / Pemerintahan kawasan Rajang.
Ketua Menteri Sarawak – Pengarah Operasi Negeri dalam RASCOM.
Tanggungjawab beliau – Menyelaras keselamatan dengan pejabat awam dalam kawasan RASCOM.
Jawatankuasa Utama RASCOM
Jawatankuasa RASCOM
Pengerusi: Ketua Pegawai Eksekutif
Bidang Tugas: Menggubal dasar berkaitan dengan aktiviti harian RASCOM
Jawatankuasa Perancang Gerakan
Panglima Pasukan keselamatan RASCOM
Merancang gerakan di kawasan RASCOM
Jawatankuasa Perang Saraf
Ketua Pegawai Turus (Awam)
Merancang dan melaksanakan segala kegiatan gerak saraf
RASCOM merupakan strategi yang Berjaya dalam memulihkan dan mengekalkan keselamatan dan keamanan di bahagian tengah Sarawak.
1995 – RASCOM dibubarkan dan semua operasi keselamatan di Sarawak diselaraskan di bawah MKN.
Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah
ESSCOM – Eastern Sabah Security Command / Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah.
ESSCOM ditubuhkan disebabkan pencerobohan pengganas dari Kepulauan Sulu di Kampung Tandou, Lahad Datu, pada 12 Feburari 2013.
Misi ESSCOM – Meningkatkan keselamatan Kawasan Timur Sabah daripada ancaman melalui kerjasam strategic antara agensi kerajaan.
ESSCOM mengawasi keselamatan 10 daerah di Pantai Timur Sabah – Eastern Sabah Security Zone (ESSZONE) / Zon Keselamatan Timur Sabah.
Latar Belakang Penubuhan ESSCOM:
12 Februari 2013 – Pencerobohan pengganas Kepulauan Sulu di Lahad Datu.
5 Mac 2013 – Ops Daulat dilancarkan
7 Mac 2013 – Perdana Menteri Malaysia mengumumkan pembentukan kawasan keselamatan khas di Pantai Timur Sabah.