Sistem Persekutuan

4.1 - Latar Belakang Sistem Persekutuan di Negara Kita

Malaysia mengamalkan sistem Persekutuan. Persekutuan bermaksud penyatuan beberapa buah negeri dalam membentuk negara bersekutu. Unsur penting dalam Persekutuan adalah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta pembahagian kuasa dalam pentadbiran.

Pembentukan Sistem Persekutuan di Malaysia

Sistem persekutuan Malaysia bermula pada tahun 1896 hingga 1963. Berikut merupakan kronologi pembentukan sistem Persekutuan di Malaysia.

Persekutuan 1896

  • Perjanjian Persekutuan 1895 – Sebuah persekutuan terdiri daripada 4 buah negeri Melayu.
  • NNMB – Tidak mempunyai agihan kuasan dan fungsi khusus antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.
  • Keputusan pentadbiran dibuat oleh Residen Jeneral.

Majlis Mesyuarat Persekutuan 1927

  • 1927 – Distruktur semula untuk memperkemas tadbir urus Persekutuan dan mengukuhkan kedudukan orang Melayu.

Kesatuan Malaya 1946 (Malayan Union)

  • Malayan Union (MU) – Usaha British untuk menyatukan semua negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka dibawah satu kerajaan yang sama.
  • Kesatuan ini terletak di bawah kuasa Gabenor British.
  • MU dilaksanakan dalam masa yang terhad dan gagal diteruskan kerana mendapat bantahan daripada Raja-raja Melayu dan orang Melayu.

Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Terbentuk melalui Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 – Menggabungkan 9 buah negeri Melayu dan dua buah NNS.
  • Menetapkan kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  • Pesuruhanjaya Tinggi British - Ketua Persekutuan
  • Raja-raja Melayu – Memerintah negeri masing-masing.

Persekutuan Tanah Melayu 1957

  • 31 Ogos 1957 – Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 – Menjadi asas Kerajaan Persekutuan yang kuat bagi melicinkan pentadbiran negara.
  • YDPA – Ketua Persekutuan.
  • Perlembagaan Tanah Melayu 1957 – Pemerintahan menggunakan sistem Raja Berpelembagaan dan Demokrasi Berparlimen.

Persekutuan Malaysia 1963

  • 16 September 1963 – Sebuah persekutuan (Malaysia) terbentuk melalui Perjanjian Malaysia.
  • Malaysia – 11 buah negeri Tanah Melayu, Singapura, dan dua buah negeri Borneo iaitu Sarawak dan Sabah.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024