Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.4 - Amalan Demokrasi dan Pengasingan Kuasa

Antara ciri demokrasi adalan amalan pilihan raya, jaminan kepada keebasan asasi serta pembahagian kuasa pada peringkat Persekutuan dan negeri.

Amalan Pilihan Raya

  • Pilihan raya umum diadakan dalam tempoh 5 tahun.
  • Diadakan sejak negara kita mencapai kemerdekaan.

Kebebasan Asasi

  • Merupakan hak yang dimiliki oleh seseorang individu di sisi undang-undang.
  • Kebebasan Asasi Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan:
    • Kebebasan Diri – Tiada seorang pun yang boleh diambil nyawanya atau dilucutkan kebebasan dirinya kecuali mengikut undang-undang.
    • Kebebasan Beragama – Islam adalah agama Persekutuan tetapi penganut agama lain bebas mengamalkan agama mereka.
    • Hak Beerkenaan dengan Pendidikan – Tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lain.
    • Kebebasan Bersuara, Berhimpun dan Berpersatuan – Setiap warganegara berhak bersuara, berhimpun secara aman dan berpersatuan.
  • Kebebasan asasi tidak bersifat mutlak, tetapi tetapi tertakluk kepada sekatan undang-undang.

Pengasingan Kuasa dalam Pemerintahan

  • Kuasa pengasingan di Negara kita dibahagikan kepada 3 badan – Badan Perundangan (legislatif), Badan Eksekutif (pelaksana) dan Badan Kehakiman (judisiari).
  • YDPA merupakan Ketua Utama Negara kepada ketiga-tiga badan ini.
  • Badan Perundangan – Menggubal dan meminda undang-undang, menyemak dasar kerajaan, meluluskan perbelanjaan dan system cukai baharu.
    • Parlimen – Badan perundangan tertinggi di Malaysia. (Terdiri daripada YDPA, Dewan Rakyat dan Dewan Negara)
      • YDPA – Salah satu komponen dalam badan perundangan.
      • Dewan Negara atau Senat – Dewan tertinggi dalam perundangan negara, membahas rang undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Rakyat.
      • Dewan Rakyat atau Perwakilan – Ahli dipilih oleh rakyat, gubal dan lulus undang-undang pada peringkat Dewan Rakyat.
  • Badan Eksekutif – Melaksanakan kuasa eksekutif mengikut Perlembagaan Persekutuan. (Terdiri daripada Jemaah Menteri dan Majlis Mesyuarat Negeri)
    • Jemaah Menteri (Kabinet) – Pada peringkat kerajaan Persekutuan
      • Terdiri daripada Perdana Menteri dan menteri-menteri lain.
      • Tugas utama – Gubal dasar negara dan laksana pembangunan.
      • Perdana Menteri mengetuai Jemaah Menteri, memimpin kerajaan dan menjalankan pentadbiran kerajaan.
      • Menteri mengetuai kementerian masing-masing untuk melaksanakan dasar kerajaan.
      • Prinsip Jemaah Menteri – Tanggungjawab bersama secara kolektif kepada Parlimen.
      • Sekiranya seseorang menteri tidak bersetuju dengan dasar kerajaan, beliau hendaklah meletakkan jawatan.
    • Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri – Pada peringkat negeri. (Terletak pada Sultan, Raja atau Yang di-Pertuan Negeri)
      • Negeri di Semenanjung Malaysia – Kuasa ini dilaksanakan oleh Majlis Mesyuaarat Kerajaan Negeri atau EXCO (Executive Council).
      • Di Sarawak dan Sabah – Kuasa eksekutif dilaksanakan oleh Kabinet Negeri.
      • Pentadbiran Kerajaan Negeri diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri.
    • Badan Kehakiman – Mentafsir dan melaksanakan undang-undang serta mempertahankan Perlembagaan Persekutuan.
      • Ketua Hakim Negara – Ketua Badan Kehakiman.
      • Hakim – Memastikan sistem kehakiman dan keadilan ditegakkan.
      • Peranan Badan Kehakiman
        • Mengadili pertikaian antara pemerintah dengan rakyat mahupun sesama rakyat.
        • Menyelesaikan konflik Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan.
      • Fungsi badan kehakiman bergantung pada status Mahkamah Atasan, Mahkamah Bawahan dan Mahkamah Khas.
      • Mahkamah pada peringkat negeri – Mahkamah Syariah dan Mahkamah Anak Negeri (Sabah dan Sarawak)
      • Hakim mestilah bebas daripada pengaruh politik bagi memelihara institusi keadilan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024