Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.2 - Sejarah dan Kedudukan Institusi Majlis Raja-raja

Majlis Raja-Raja bermula dengan pembentukan Durbar dan mempunyai peranan dalam pemerintahan negara berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Pembentukan Durbar Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB)

  • 1897 – Pembentukan Durbar seiring dengan penubuhan NNMB.
  • Peranan Durbar – Sebagai sebuah majlis persidangan bagi Raja-raja Melayu NNMB untuk hal-hal pentadbiran Kerajaan Persekutuan dengan pihak British.
  • Maksud Durbar – Perjumpaan atau persidangan umum yang diadakan oleh Raja Melayu dengan British.
  • Keahlian Durbar – Pesuruhjaya Tinggi British (Pengerusi), Raja-raja Melayu NNMB, Residen British di NNMB dan Setiausaha NNMB.

Majlis Sultan-Sultan Semasa Malayan Union (MU)

  • Perlembagaan Malayan Union 1946 memperuntukkan penubuhan Majlis Sultan-Sultan.
  • Majlis Sultan-Sultan - Gabenor MU (Pengerusi), 9 orang Raja Melayu, Ketua Setiausaha MU, Penasihat Undang-undang dan Setiausaha Kewangan.
  • Fungsi – Membincangkan undang-undang agama Islam dan menasihati Gabenor tentang perkara yag dibangkitkan oleh Raja-raja Melayu.
  • Walau bagaimanapun, Majlis Sultan-Sultan tidak pernah dilaksanakan kerana Raja-raja Melayu menentang MU.

Majlis Raja-Raja Semasa Persekutuan Tanah Melayu 1948

  • Majlis Raja-Raja – Ditubuhkan apabilah Persekutuan Tanah Melayu menggantikan Malayan Union.
  • Majlis ini menjadi institusi yang mempunyai kuasa dan sekretariat yang sesuai dengan kedudukan dan peranannya.
  • Diurus sepenuhnya oleh Raja-raja Melayu.
  • Pengerusi ditentukan dalam kalangan 9 orang Raja Melayu.
  • Persidangan perlu disertai oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Melayu untuk memeterai keputusan persidangan.
  • Raja-raja Melayu – Diberi hak dan kuasa untuk mendapat penerangan daripada Pesuruhjaya Tinggi British mengenai penggubalan undang-undang dan dasar Kerajaan Persekutuan.

Majlis Raja-Raja Selepas Merdeka

  • Selepas merdeka (31 Ogos 1957) – Peranan Majlis Raja-Raja dikekalkan tetapi keanggotaannya mengalami perubahan.
  • Yang di-Pertua Negeri Melaka dan Pulau Pinang turut menjadi ahli Majlis Raja-Raja.
  • Selepas pembentukan Malaysia (1963) – Yang di-Pertua Negeri Sarawak dan Sabah turut menjadi ahli.
  • Yang di-Pertua Negeri tidak turut serta dalam mesyuarat khas melibatkan institusi beraja seperti pemilihan YDPA dan Timbalan YDPA.

Kedudukan Majlis Raja-Raja dalam Perlembangan Persekutuan

  • Majlis Raja-Raja mempunyai kuasa dan fungsi dalam system Raja Berperlembagaan.
  • Majlis Raja-Raja boleh bertindak menggunakan budi bicara bagi melaksanakan fungsi Majlis Raja-Raja.
  • Fungsi Majlis Raja-Raja:
    • Memilih YDPA dan Timbalan YDPA.
    • Bersetuju atau tidak bersetuju sebarang undang-undang yang memerlukan persetujuan Majlis Raja-Raja.
    • Memberi nasihat berkaitan pelantikan jawatan tertentu.
    • Menjadi rujukan dalam perubahan dasar berhubung kedudukan istimewa orang Melayu, bumiputera di Sarawak dan Sabah dan kepentingan sah kaum lain.
    • Menjadi Lembaga Pengampunan bagi kes-kes tertentu.
    • Memperkenan perubahan persempadanan negeri setelah mendapat perkenan raja negeri berkenaan.
    • Memperkenan pindaan perlembagaan bagi perkara-perkara tertentu.
  • Majlis Raja-Raja menjadi pengimbangan dalam system perlembagaan melalui 2 cara iaitu:
    • Hak untuk dirundingkan dalam beberapa pelantikan penting.
    • Hak untuk membincangkan hal berhubung dengan dasar negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024