Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.1 - Latar Belakang Pemerintahan Beraja dan Demokrasi Berparlimen

Pemerintahan beraja berkembang sejajar dengan peredaran masa dan diiktiraf sebagai Raja Berperlembagaan seiring dengan konsep Demokrasi Berparlimen dalam pemerintahan negara kita.

Pemerintahan Beraja Kesultanan Melayu Melaka

  • Raja berkuasa mutlak.
  • Pemerintahan berdasarkan undang-undang – Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka.
  • Pemerintahan kesultanan diperkukuh dengan konsep Islam – Raja sebagai ketua agama Islam.
  • Pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka menjadi pelopor kepada tradisi dan adat istiadat yang diwarisi oleh negeri Melayu yang lain.
  • Raja-raja Melayu – Sumber undang-undang, ketua kerajaan dan ketua agama.
  • Tanggungjawab Raja-raja Melayu – Pertahankan adat dan struktur masyarakat kerajaan Melayu.
  • Keabsahan bagi semua tindakan terletak pada kedaulatan Raja-raja Melayu.

Sebelum Perang Dunia Kedua

  • British sukar meluaskan kuasa di negeri Melayu disebabkan pemerintahan beraja.
  • British hanya mampu memperkenalkan Sistem Residen (NNMB) dan Sistem Penasihat (NNMTB).
  • Di NNMB – British hanya ambil alih pentadbiran pada peringkat pembesar negeri.
  • Di NNMTB – British hanya menempatkan Penasihat British, namun pentadbiran negeri tetap dilaksakan oleh pembesar yang dilaktik oleh raja.
  • Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895 dan Undang-Undang Bagi Diri Kerajaan Terengganu 1911 – Menyerlahkan ciri pendtadbiran Raja Berpelembagaan.

Semasa Pendudukan Jepun

  • Raja-raja Melayu – Ketua dalam hal ehwal agama Islam dan masih memperoleh pendapatan.
  • Kedudukan Raja-raja Melayu – dibawah pengawasan Gabenor Jepun di Tanah Melayu.

Selepas Perang Dunia Kedua

  • Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946
  • Raja-raja Melayu kehilangan kuasa.
  • British memerintah Malayan Union melalui Gabenor yang dilantik.
  • Raja-raja Melayu dan penduduk Tanah Melayu menentang Malayan Union.
  • Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu – Kedaulatan Raja-raja Melayu dikembalikan.
  • Undang-undang Tubuh – Digubal oleh Raja-raja Melayu dan terpakai sehinggan hari ini.

Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen Selepas Merdeka

  • Kemerdekaan Tanah Melayu diperolehi melalui perindingan dan persetujuan.
  • Pemerintahan beraja diteruskan dan dipinda bersesuaian dengan konsep demokrasi.
  • Jawatan YDPA sebagai Ketua Utama Negara.
  • Raja – Pemerintah tertinggi negara.
  • Rakyat – Mempunyai hak untuk memilih pemimpin melalui pilihan raya.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024