Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen

3.3 - Yang di-Pertuan Agong dan Raja dalam Perlembagaan Persekutuan

Institusi beraja di negara kita terdiri daripada institusi Majlis Raja-Raja, institusi beraja di negeri-negeri dan institusi Yang di-Pertuan Agong pada peringkat Persekutuan.

Institusi Yang di-Pertuan Agong

  • Jawatan YDPA diwujudkan selepas negara mencapai kemerdekaan.
  • YDPA dipilih dalam kalangan raja di 9 buah negeri – Perlis, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
  • Pemilihan YDPA – Melalui Majlis Raja-Raja menurut kaedah dalam Perlembagaab Persekutuan dan Peraturan-peraturan Majlis Raja-Raja.
  • Kewujudan YDPA seiring dengan jawatan Timbalan YDPA berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Kedudukan Yang di-Pertuan Agong

  • Yang di-Pertuan Agong – Ketua Utama Negara (Perkara 23 Perlembagaan Persekutuan).
  • Punca kedaulatan, ketaatan, perpaduan, kebesaran dan kemulian negara.

Kuasa Yang di-Pertuan Agong

Kuasa YDPA meliputi kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman.

  • Kuasa Eskekutif – YDPA bertindak mengikut nasihat Jemaah Menteri.

    • Melantik Perdana Menteri dan Jemaah Menteri
      • YDPA melantik seorang Ahli Dewan Rakyat yang pada budi bicara baginda mendapat kepercayaan sebilangan besar ahli Dewan Rakyat sebagai Perdana Menteri.
      • Baginda melantik Menteri, Timbalan Menteri daripada Ahli Dewa Rakyat atau Dewan Negara dengan nasihat Perdana Menteri.
    • Pelantikan Jawatan Penting
      • YDPA melantik Peguam Negara, Panglima Angkatan Tentera dan Ketua Audit Negara.
      • YDPA melantik Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya, Ahli Suruhanjaya Polis dan sejumlah ahli Majlis Angkatan Tentera.
    • Ketenteraan
      • YDPA – Pemerintahan tertinggi seluruh Angkatan Tentera Malaysia.
      • YDPA dibantu oleh Majlis Angkatan Tentera yang bertanggungjawab di bawah kuasa baginda bagi pemerintahan, tatatertib dan pentadbiran angkatan tentera serta perkara yang bersangkutan dengan gerakan tentera.
    • Diplomatik
      • YDPA – Melantik diplomat Malaysia ke luar negara.
      • YDPA – Menerima menghadap diplomat asing sebelum mereka mula menjalankan tugas di Malaysia.
  • Kuasa Perundangan – YDPA perkenan sesuatu Rang Undang-Undang yang melalui proses pembentangan di Dewan Rakyat dan Dewan Negara.

    • Persidangan Parlimen
      • YDPA mempunyai kuasa memanggil Parlimen bersidang dan membubarkan Parlimen
    • Agama
      • YDPA – Ketua Agama Islam di negeri baginda, Wilayah Persekutuan, Melaka, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.
      • Di negeri lain – Ketua Agam Islam ialah raja di negeri masing-masing.
    • Hak dan Keistimewaan
      • YDPA menjaga dan melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan bumuputera di Sarawak dan Sabah serta kepentinga sah kaum lain.
    • Pengistiharan Darurat
      • YDPA – Boleh mengisytiharkan darurat.
      • Pengisytiharan darurat – dibuat sekiranga wujudnya keadaan yang mengancam keselamatan awam dan ekonomi negara.
  • Kuasa Kehakiman – YDPA lantik hakim Mahkmah Atasan yang terdiri daripada Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Malaya, Hakim Besar Mahkamah Tinggi Sarawak dan Sabah, Hakim Mahkamah Persekutuan, Hakim Mahkamah Rayuan dan Hakim Mahkamah Tinggi.

    • Kuasa Pengampunan
      • Dalam hal jenayah di Wilayah Persekutuan – seseorang yang sudah dihukum boleh memohon keampunan daripada YDPA.
      • YDPA – Bertindak atas nasihat Lembaga Pengampunan.
      • Kuasa YDPA – Mengampunkan, menangguhkan, dan meringgankan hukuman.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024