Kedaulatan Negara

1.4 - Langkah Mepertahankan Kedaulatan

Pemerintah dan rakyat perlu memainkan peranan dan bekerjasama untuk mempertahankan kedaulatan negara demi kemajuan dan kesejahteraan negara. Kedaulatan negara adalah penting untuk mewujudkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi, mengekalkan perpaduan kaum, memupuk patriotisme dan mengukuhkan pertahanan negara.

Mewujudkan Kestabilan Politik dan Kemakmuran Ekonomi

Bagi mewujudkan ketabilan Politik dan kemakmuran ekonomi, pemerintah dam rakyat perlulah menjalankan peranan mereka masing-masing.

Pemerintah

  • Mewujudkan pentadbiran yang cekap.
  • Mengelakkan amalan rasuah dalam pentadbiran.
  • Mengagihkan sumber kekayaan negara secara adil.
  • Melaksanakan undang-undang negara menurut perlembagaan.

Rakyat

  • Setia kepada raja dan negara.
  • Menyokong usaha dan dasar kerajaan bagi mewujudkan kestabilan politik.
  • Bekerjasama dengan semua kaum supaya agihan kekayaan negara dinikmati oleh semua.
  • Mematuhi undang-undang negara.

Mengekalkan Perpaduan Kaum

Perpaduan kaum amat penting dalam mengekalkan kedaulatan negara. Pemerintah dan rakyat mempunyai peranan tersendiri dalam mengekalkan perpaduan kaum.

Pemerintah

  • Menggubal dasar dan undang-undang berkaitan dengan perpaduan kaum serta integrasi nasional.
  • Memastikan keberkesanan pelaksanaan dasar berkaitan dengan Bahasa, pendidikan dan kebudayaan.
  • Merangka program dan kempen untuk memupuk perpaduan kaum dan integrase nasional.
  • Memberi peruntukan perbelanjaan untuk program memupuk perpaduan kaum.

Rakyat

  • Menggunakan bahasa kebangsaan dan menghayati prinsip Rukun Negara.
  • Memahami dan menghormati agama serta budaya pelbagai kaum.
  • Mengamalkan semangat perkongsian, bertoleransi dan saling menghormati sesame rakyat.
  • Melibatkan diri dengan program kemasyarakatan yang dapat memupuk perpaduan kaum.

Memupuk Patriotisme

Patriotisme ialah perasaan cinta yang mendalam terhadap negara serta sanggup mempertahankan sejarah, Bahasa, undang-undang, warisan dan budaya. Semangat patriotisme perlu dipupuk untuk melahirkan pemerintah dan rakyat yang sanggup berkorban demi negara.

Pemerintah

  • Menganjurkan Hari Kebangsaan dan Hari Pahlawan untuk menimbulkan perasaan cinta akan negara.
  • Mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai mata pelajaran teras bagi melahirkan generasi yang peka terhadap sejarah.
  • Menganjurkan kempen, menerbitkan filem atau rencana untuk memupuk patriotisme melalui pelbagai media.
  • Memberi pengiktirafan kepada rakyat yang berjasa kepada negara.

Rakyat

  • Menghormati lambing negara seperti Jalur Gemilag, Jata Negara dan Lagu Negaraku.
  • Menghargai adat dan warisan negara.
  • Meningkatkan imej negara dengan melakar kejayaan dalam pelbagai bidang.
  • Menghargai tokoh pelbagai kaum yang berjuang untuk kemerdekaan dan kedaulatan negara.

Mengukuhkan Pertahanan Negara

Pemerintah dan rakyat mempunyai tanggungjawab untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Pertahanan negara penting untuk mengekalkan kedaulatan negara kita.

Pemerintah

  • Menggubal dasar dan undang-undang untuk melindungi keselamatan negara.
  • Mengadakan perjanjian pertahanan serta latihan ketenteraan bersama negara luar.
  • Memodenkan aset ketenteraan untuk mengukuhkan pasukan pertahanan negara.
  • Memastikan pasukan keselamatan sentiasa bersedia menghadapi cabaran semasa.

Rakyat

  • Peka terhadap isu keselamatan negara.
  • Elakkan kolaborasi yang boleh mengancam keselamatan negara.
  • Menganggotai pasukan keselamatan dan sukarelawan untuk mempertahankan negara.
  • Sanggup berkorban untuk mempertahankan kedaulatan negara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024