Kedaulatan Negara

1.2 - Ciri Negara yang Berdaulat

Setiap negara yang bebas dan merdeka mempunyai ciri tertentu yang menentukan kedaulatannya. Antara ciri kedaulatan negara kita adalah mempunyai pemerintah, mempunyai sempadan, mempunyai perundangan dan mempunyai rakyat.

Mempunyai Pemerintahan

  • Pemerintahan negara diwujudkan untuk menjaga kestabilan politikm keamana, pertahanan dan ekonomi.
  • Malaysia mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen.
  • Yang di-Pertuan Agong merupakan Ketua Utama Negara, manakala Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan yang dibantu oleh Jemaah Menteri.

Mempunyai Sempadan

  • Sebuah negara yang berdaulat perlu mempunyai sempadan yang menjadi garis pemisah antara negeri atau negara.
  • Malaysia berkongsi sempadan darat, air dan udara dengan negara-negara jiran.
  • Penetapan sempadan memudahkan urusan pemerintahan, pentadbiran, pertahanan dan pembangunan ekonomi negara kita.

Mempunyai Perundangan

  • Sistem perundangan merupakan asas kepada peraturan negara.
  • Sistem perundangan adalah penting untuk memelihara kesejahteraan, menjamin keadila dan melindungi rakyat.
  • Asas kepada perundangan Malaysia adalah berpandukan Perlembagaan Persekutuan.
  • Parlimen bertanggungjawab menggubal dan menentukan perundangan di negara kita.

Mempunyai Rakyat

  • Rakyat yang merupakan penduduk di sesebuah negara terikat dengan undang-uandang di negara tersebut.
  • Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa disatukan melalui satu bahasa dan kebudayaan, Rukun Negara serta identity nasional yang sama.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024