Kedaulatan Negara

1.3 - Kepentingan Mewujudkan Negara Berdaulat

Kedaulatan negara penting untuk sesebuah negara. Antara kepentingan negara berdaulat adalah untuk keberkesanan pentadbiran, kemakmuran ekonomi, kesejahteraan sosial dan kecemerlangan hubungan luar negara.

Keberkesanan Pentadbiran

  • Negara yang berdaulat bebas untuk melaksanakan pentadbiran tanpa campur tangan pihak luar.
  • Dasar pentadbiran di negara kita dilaksanakan melalui Jemaah Menteri dan kementerian yang berkaitan.
  • Keberkesanan pentadbiran diwujudkan melalui kerjasama daripada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri serta peruntukan undang-undang dalam Perlembangaan Persekutuan.

Kemakmuran Ekonomi

  • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar kemakmuran ekonomi.
  • Pelbagai usaha yang dilakukan untuk memajukan dan meningkatkan taraf hidup rakyat setelah Malaysia mencapai kemerdekaan.
  • Dasar pembangunan ekonomi negara meliputi pelbagai bidang seperti pertanian, perindustrian dan perdagangan.

Kesejahteraan Sosial

  • Kedaulatan penting untuk negara melaksanakan dasar sosial bagi kesejahteraan rakyat.
  • Kesejahteran sosial dipupuk melalui perkara berkaitan dengan bahasa kebangsaan, kebudayaan, sukan dan Rukun Negara.
  • Perkara-perkara ini dapat mewujudkan perasaan muhibah dan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang bangsa.

Kecemerlangan Hubungan Luar Negara

  • Kedaulatan penting untuk memberikan hak kepada negara untuk menjalinkan hubungan dengan negara lain.
  • Negara dapat menjalinkan hubungan diplomatik dan persahabatan dengan negara luar serta membentuk penjanjian dan kerjasama dalam pelbagai bidang.
  • Keanggotaan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa dapat meningkatkan imej negara.
  • Peranan dan kebolehan negara kita diakui oleh masyarakat antarabangsa.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024