Kedaulatan Negara

1.1 - Konsep Kedaulatan

Kedaulatan adalah kekuasaan tertinggi dan kewibawaan sesebuah negara yang bebas serta mempunyai hak untuk melaksanakan pemerintahan dan pentaddbiran negara.

Takrif Kedaulatan

Bahasa Yunani - Supernuus atau Superanus (agung atau tertinggi). Merujuk kepada negara yang bebas dan merdeka.

Bahasa Inggeris - Sovereignty (negara yang mempunyai kuasa yang penuh terhadap pemerintahan)

Bahasa Arab - Daulah (kuasa pemerintahan sesebuah negara)

Bahasa Melayu - Daulat (kekuasaan tertinggi terhadap pemerintahan negara)

Pandangan Tokoh

“Kedaulatan merupakan kuasa tertinggi dalam sistem pemerintahan sesebuah negara. Kedaulatan merujuk kerajaan yang terikat oleh undang-undang.” - Aristotle (Ahli Falsafah Yunani)

“Kedaulatan merupakan kekuatan dan kekuasaan sesebuah negara berasaskan semangat kekitaan bangsanya. Kekuatan semangat kekitaan yang diiringi dengan semangat beragama menyebabkan sesuatu bangsa rela untuk berkorban demi mencapai cita-cita yang sama.” – Ibnu Khaldun (Ilmuwan Islam)

“Kedaulatan dibina berdasarkan prinsip kebebasan dan keadilan yang sentiasa memperjuangkan kebajikan dan kedejahteraan rakyat.” – Tunku Abdul Rahman Putra al-Haji (Perdana Menteri Malaysia Pertama)

“Kedaulatan merupakan asas negara yang merdeka, memiliki kebebasan pada peringkat antarabangsa bersama dengan hak dan kuasa untuk mengatur urusan dalam negeri tanpa telunjuk asing” – Tun Dr. Mohamed Salleh Abas (Mantan Ketua Hakim Negara)

Jenis Kedaulatan

Kedaulatan berbeza mengikut bentuk pemerintahan sesebuah negara. Terdapat beberapa jenis kedaulatan seperti kedaulatan tradisional, kedaulatan moden, kedaulatan undang-undang dan kedaulatan antarabangsa.

Kedaulatan Tradisional

  • Sistem pemerintahan berkuasa mutlak yang menguasai segala urusan negara.
  • Kedaulatan negara kita terletak kepada kekuasaan dan kewibawaan Raja-raja Melayu yang merupakan pemerintah tertinggi.
  • Kedudukan dan kedaulatan raja diperkukuh oleh taat setia rakyat.

Kedaulatan Moden

  • Muncul selepas Revolusi Keagungan di England dan Perancis yang berkait dengan hak rakyat dan kerajaan berperlembagaan.
  • Selepas Perang Dunia Pertama, kedaulatan dikaitkan dengan nasionalisme yang menggunakan unsur persamaan rumpun bangsa dan Bahasa untuk membentuk sebuah negara bangsa.
  • Di negara kita, kedaulatan negara lahir daripada gabungan negeri yang dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan Persekutuan Malaysia 1962.

Kedaulatan Undang-undang

  • Membawa maksud kerajaan dan rakyat terikat oleh undang-undang yang perlu dipatuhi.
  • Dapat menjamin keadilan dalam masyarakat yang melahirkan negara yang aman, stabil dan makmur.
  • Badan kehakiman yang bebas dan berwibawa diwujudkan untuk memelihara dan melaksanakan kedaulatan undang-undang.

Kedaulatan Antarabangsa

  • Merujuk kepada pengiktirafan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terhadap sesebuah negara dan tidak boleh dicabuli oleh negara lain.
  • Deklarasi Hubungan Persahabatan PBB 1970 mengesahkan prinsip persamaan kedaulatan dari segi undang-undang antarabangsa.
  • Keanggotaan negara dalam PBB membuktikan dunia mengiktirak negara kita sebagai sebuah negara yang bebas, merdeka dan berdaulat.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024