Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga

6.4 - Perkembangan Biji Benih dan Buah

Persenyawaan Ganda Dua dengan Perkembangan Biji Benih

Nukleus endosperma triploid yang terbentuk hasil daripada persenyawaan ganda dua akan bermitosis dan membentuk tisu endosperma. Tisu endosperma bertindak sebagai penyimpan makanan dan pembekal nutrien kepada embrio.

Zigot diploid yang terbentuk juga akan bermitosis untuk membentuk dua sel iaitu:

  • Sel besar, yang akan berkembang menjadi penggantung. Penggantung berfungsi menambatkan embrio pada dinding pundi embrio.
  • Sel kecil, yang akan menjadi embrio. Embrio ini terdiri daripada plumul, radikel dan kotiledon.

Rajah 6

Rajah 6 - Perkembangan embrio.

Rajah 7

Rajah 7 - Perkembangan ovari menjadi buah. Ovul akan berkembang menjadi biji benih yang terdapat dalam buah tumbuhan. Integumen akan menjadi kulit yang berlapisan dua untuk memberi perlindungan kepada embrio. Ovari akan berkembang menjadi buah. Bahagian lain seperti stigma dan stil akan merosot dan meninggalkan parut pada dinding ovari. Dinding ovari pula akan menjadi perikarpa buah yang mempunyai tiga lapisan, iaitu eksokarpa, mesokarpa dan endokarpa.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024