Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga

6.1 - Struktur Bunga

Bunga merupakan organ yang paling menarik perhatian pada tumbuhan filum angiosperma. Kecantikan dan bau bunga bukan sahaja menarik perhatian haiwan dan serangga untuk proses pemindahan debunga, malah juga berfungsi untuk mengekalkan kemandirian spesies tertentu. Bunga mengandungi kedua-dua organ pembiakan jantan dan organ pembiakan betina. Struktur lain yang menyokong bunga termasuk pedunkel, sepal dan petal.

Rajah 1

Rajah 1 - Keratan membujur bunga. Stamen merupakan organ pembiakan jantan manakala karpel ialah organ pembiakan betina.

Perbandingan antara Struktur Jantan dengan Struktur Betina

  • Persamaan

    • Kedua-dua menghasilkan gamet
    • Kedua-duanya terletak pada organ bunga
  • Perbezaan

    • Struktur jantan

      • Struktur: Filamen dan anter
      • Tapak: Mengunjur keluar dari dasar ovari
      • Organ pembiakan: Stamen
      • Fungsi: Menghasilkan debunga
    • Struktur betina

      • Struktur: Stigma, stil dan ovari
      • Tapak: Terletak di bahagian tengah bunga
      • Organ pembiakan: Karpel
      • Fungsi: Menghasilkan pundi embrio

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024