Pembiakan Seks dalam Tumbuhan Berbunga

6.3 - Pendebungan dan Persenyawaan

Pendebungan merujuk kepada proses pemindahan debunga dari anter ke stigma. Proses ini dibantu oleh agen pendebungan seperti serangga, mamalia, burung, air dan angin. Kehadiran debunga di stigma akan menyebabkan proses persenyawaan.

Rajah 5 Rajah 5 - Agen pendebungaan seperti lebah dan burung membantu penyebaran debunga dari satu tempat ke tempat yang lain.

Pendebungan

Persenyawaan Ganda Dua dalam Pembentukan Zigot Diploid dan Pembentukan Nukleus Triploid

Persenyawaan ganda dua merujuk kepada persenyawaan dua sel gamet jantan, iaitu gamet jantan yang pertama akan mensenyawakan sel telur untuk menghasilkan zigot diploid manakala gamet jantan kedua akan bercantum dengan nukleus kutub untuk membentuk tisu endosperma triploid.

Tisu Endosperma Triploid

Kepentingan Persenyawaan Ganda Dua dalam Kemandirian Tumbuhan Berbunga

  • Persenyawaan satu gamet jantan dengan sel telur membentuk zigot diploid.
    • Maklumat genetik dapat diwarisi secara turun temurun.
    • Memulihkan keadaan haploid gamet dengan pembentukan zigot diploid.
  • Percantuman satu lagi gamet jantan dengan dua nukleus kutub menghasilkan tisu endosperma.
    • Tisu endosperma digunakan untuk perkembangan embrio untuk kemandirian spesies tumbuhan.
    • Tisu endosperma digunakan sepenuhnya oleh embrio tumbuhan eudikot seperti kekacang, mangga dan sawi untuk berkembang sebelum mencapai kematangan.
    • Namun, hanya sebahagian tisu endosperma akan digunakan untuk perkembangan embrio tumbuhan monokot seperti kelapa, gandum, barli dan jagung. Sebahagian lagi akan disimpan dalam kotiledon untuk percambahan biji benih.
    • Tisu endosperma membantu embrio bertahan dalam biji benih untuk jangka masa yang panjang apabila keadaan kurang sesuai untuk percambahan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024