Struktur dan Fungsi Daun

2.5 - Titik Pampasan

Keamatan Cahaya dan Pencapaian Titik Pampasan

Titik pampasan merupakan aras keamatan cahaya apabila kadar respirasi adalah sama dengan kadar fotosintesis. Hasil glukosa dari fotosintesis akan digunakan dalam sel respirasi.

Rajah 15

Rajah 15 - Apabila keamatan cahaya meningkat, pengambilan karbon dioksida juga akan bertambah. Namun, penggunaan glukosa dalam respirasi adalah lebih cepat berbanding dengan penghasilan glukosa oleh fotosintesis (rugi bersih). Apabila keamatan cahaya melepasi titik pampasan, kadar fotosintesis melepasi kadar respirasi. Lebih banyak karbon dioksida diserap melalui stoma untuk menampung kadar fotosintesis yang tinggi. Hasilnya, lebih banyak oksigen dibebaskan ke atmosfera. Pada peringkat ini, glukosa yang dihasilkan melebihi kadar penggunaan glukosa dalam respirasi (untung bersih). Glukosa yang berlebihan akan disimpan dalam bentuk kanji dalam tumbuhan. Kadar fotosintesis yang lebih tinggi daripada kadar respirasi adalah penting untuk memastikan pertumbuhan dan penghasilan bunga, biji benih dan buah. Oksigen yang dihasilkan juga dapat menyokong hidupan organisma yang lain.

Perbandingan antara Fotosintesis dengan Respirasi dalam Tumbuhan

  • Persamaan

    • Kedua-dua proses berlaku dalam organisma hidup
    • Kedua-duanya melibatkan pengambilan dan pembebasan gas
  • Perbezaan

    • Fotosintesis

      • Organisma terlibat:
        • Tumbuhan hijau
        • Bakteria fotosintetik
      • Jenis sel terlibat: Sel yang mengandungi klorofil
      • Jenis metabolisme: Proses anabolisme, mensintesis glukosa dengan menggunakan karbon dioksida dan air
      • Tapak tindak balas: Kloroplas
      • Bahan tindak balas: Kabon dioksida dan air
      • Hasil tindak balas: Glukosa
      • Hasil sampingan: Oksigen dan air
      • Perubahan tenaga: Tenaga cahaya ke tenaga kimia
      • Keperluan cahaya: Ya
    • Respirasi

      • Organisma terlibat: Semua organisma hidup
      • Jenis sel terlibat: Semua sel
      • Jenis metabolisme: Proses katabolisme, penguraian glukosa untuk menjana tenaga
      • Tapak tindak balas: Mitokondrion
      • Bahan tindak balas: Oksigen dan glukosa
      • Hasil tindak balas: Tenaga
      • Hasil sampingan: Karbon dioksida dan air
      • Perubahan tenaga: Tenaga kimia ke ATP dan tenaga haba
      • Keperluan cahaya: Tidak

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024