Struktur dan Fungsi Daun
Tumbuh-tumbuhan menjalankan proses fotosintesis untuk menghasilkan makanan. Gas karbon dioksida dan cahaya matahari yang mencukupi merupakan dua elemen utama yang diperlukan untuk proses fotosintesis yang optimum. Pertukaran gas fotosintesis (oksigen dan karbon dioksida) berlaku melalui liang stoma. Pembukaan dan penutupan stoma dikawal oleh sepasang sel pengawal dengan menukarkan bentuknya. Sel pengawal juga mempunyai kloroplas untuk proses fotosintesis.
Pengambilan ion kalium oleh sel pengawal
Kepekatan sukrosa di dalam sap sel pengawal
Pengambilan ion kalium oleh sel pengawal
Kepekatan sukrosa di dalam sap sel pengawal
Rajah 3 - Dengan kehadiran air yang mencukupi, sel pengawal akan menjadi segah. Dinding dalam sel pengawal adalah lebih tebal dan kurang elastik berbanding dengan dinding luar sel. Dinding luar sel yang lebih nipis dan elastik membolehkan sel melengkung ke luar dan membuka stoma. Ironinya, apabila stoma terbuka, air dalam tumbuhan akan hilang ke persekitaran luar dalam bentuk wap air. Kadar kehilangan air akan meningkat apabila bukaan stoma lebih besar.
Rajah 4 - Apabila sumber air menjadi terhad, sel pengawal akan menjadi flasid. Dinding sel luar yang nipis dan lebih elastik membolehkan penutupan stoma. Apabila stoma tertutup, ini dapat mengelakkan kehilangan air yang banyak.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!