Struktur dan Fungsi Daun

2.3 - Organ Utama Transpirasi

Keperluan Transpirasi dalam Tumbuhan

Proses transpirasi merupakan proses kehilangan air secara sejatan ke atmosfera. Kebanyakan (90%) air yang hilang adalah melalui liang stoma pada daun. Untuk mengekalkan keseimbangan isi padu air dalam tumbuhan, akar tumbuhan akan menyerap air secara berterusan untuk menggantikan air yang hilang.

Rajah 5

Rajah 5 - Pergerakan air dalam tumbuhan. Air yang diserap dari tanah bergerak ke arah atas (daun) melalui xilem. Urat daun membawa air ke daun. Transpirasi akan berlaku melalui stoma di daun.

Faktor Persekitaran yang Mempengaruhi Kadar Transpirasi

  1. Keamatan cahaya

Rajah 6

Rajah 6 - Apabila keamatan cahaya meningkat, kadar transpirasi juga meningkat. Namun, kadar transpirasi akan menjadi malar apabila satu titik keamatan cahaya dicapai. Kadar transpirasi menjadi malar kerana faktor pengehad lain seperti kelembapan relatif udara, suhu dan pergerakan udara.

  1. Kelembapan relatif udara

Rajah 7

Rajah 7 - Kelembapan relatif udara di persekitara luar yang rendah akan menggalakkan kadar transpirasi tumbuhan. Lebih banyak wap air akan tersejat daripada stoma.

  1. Suhu

Rajah 8

Rajah 8 - Suhu yang tinggi akan menyebabkan kadar transpirasi menjadi tinggi. Suhu yang tinggi akan meningkatkan tenaga kinetik molekul air dan menambahkan proses penyejatan.

  1. Pergerakan udara

Rajah 9

Rajah 9 - Pergerakan udara yang tinggi akan mempercepatkan kadar transpirasi. Udara yang bergerak menyingkirkan molekul air yang tersejat keluar daripada stoma.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024