Kelestarian Alam Sekitar

10.3 - Amalan dalam Melestarikan Alam Sekitar

Amalan melestarikan alam sekitar melibatkan aktiviti untuk melindungi kapasiti ekosistem, mengelakkan pencemaran alam, dan mengelakkan sebarang aktiviti pembangunan yang boleh mengancam kesihatan dan kualiti kehidupan organisma hidup.

Amalan yang Menyumbang kepada Kelestarian Alam

  1. Pengangkutan mesra alam
  • Berbasikal atau menggunakan kenderaan berkuasa elektrik dan hibrid.
  • Amalan berkongsi kereta.
  • Pengangkutan awam seperti bas, komuter, Transit Aliran Ringan (LRT), Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dan KLIA Ekspres/KLIA Transit.

Pengangkutan Mesra Alam

  1. Penjimatan penggunaan tenaga
  • Bekalan tenaga elektrik adalah daripada pembakaran bahan yang tidak boleh diperbaharui seperti petrol dan diesel.
  • Gunakan elektrik secara berhemat untuk mengurangkan pembebasan bahan pencemar seperti karbon monoksida.

Penjimatan Penggunaan Tenaga

  1. Konsep 5R
  • Pembuangan bahan buangan boleh dikurangkan melalui amalan konsep 5R.
    • Rethink (fikir semula)
    • Repair (baiki semula)
    • Reuse (guna semula)
    • Reduce (kurangkan)
    • Recycle (kitar semula)

Konsep 5R

  1. Penggunaan tenaga alternatif yang boleh diperbaharui
  • Tenaga yang boleh diperbaharui sepeti matahari, angin, ombak, air, geoterma dan biojisim merupakan tenaga yang dijana daripada sumber semula jadi.
  • Tenaga ini lebih bersih, mudah dan selamat.

Penggunaan Tenaga Alternatif

  1. Pengurusan sisa domestik dan toksik
  • Jabatan Alam Sekitar mempunyai kuasa untuk
    • Menyelaras aktiviti pembuangan sisa buangan.
    • Menentukan had maksimum pengeluaran sisa buangan.
    • Mengawal pelesanan jenis bahan buangan, kandungan, jumlah dan kesan bahayanya.
  • Upcycle bahan sisa boleh mengurangkan sisa buangan ke tempat pelupusan.

Pengurusan Sista Domestik dan Toksik

  1. Kawalan biologi
  • Kaedah mengawal populasi haiwan perosak dengan menggunakan musuh semula jadinya.
  • Ini boleh mengurangkan penggunaan racun serangga.

Kawalan biologi

  1. Penjimatan penggunaan air
  • Cuci kereta atau menyiram pokok dengan air terpakai atau air hujan.

Penjimatan Penggunaan Air

Status Sekuriti Makanan di Malaysia

Sekuriti makanan bermaksud jaminan ketersediaan makanan, jaminan capaian makanan dan jaminan penggunaan makanan. Terdapat 4 komponen utama dalam sekuriti makanan, iaitu

  • Ketersediaan makanan
  • Akses makanan
  • Penggunaan makanan
  • Kestabilan makanan

Halal juga merupakan elemen mustahak dalam menentukan status sekuriti makanan. Makanan yang halal mementingkan kebersihan dan ketertiban dalam proses pembuatan dari ladang sehingga ke produk akhirnya. Good Manufacturing Practice (GMP) dan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) merupakan dua panduan yang memastikan sekuriti makanan, iaitu produk yang berkualiti, bersih, sihat dan selamat.

  1. Ketersediaan makanan
  • Bermaksud keupayaan untuk memperoleh bekalan makanan mencukupi yang berkualiti dalam pasaran domestik atau makanan yang diimport.
  1. Akses makanan
  • Makanan mudah didapati untuk menampung keperluan diet yang bernutrisi.
  1. Penggunaan makanan
  • Merujuk kepada kemampuan untuk memperoleh nutrien mencukupi melalui pemakanan, air bersih, pemprosesan dan penyediaan makanan.
  1. Kestabilan makanan
  • Setiap orang mempunyai makanan bernutrisi yang mencukupi pada setiap masa.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024