Kelestarian Alam Sekitar

10.1 - Ancaman Alam Sekitar

Definisi Kelestarian Alam Sekitar

Kelestarian alam sekitar bermaksud keadaan dan kualiti alam sekitar yang kekal sama untuk jangka masa yang panjang. Namun, pertambahan populasi manusia telah menimbulkan konflik antara memenuhi keperluan manusia dan memelihara alam sekitar. Salah satu strategi yang diperkenalkan ialah penggunaan tong kitar semula untuk mengurangkan penggunaan sumber tidak boleh diperbaharui.

Rajah 1

Rajah 1 - Tong berwarna biru untuk kertas. Tong berwarna coklat untuk kaca. Tong berwarna jingga untuk logam dan plastik.

Ancaman Alam Sekitar

Aktiviti manusia merupakan ancaman utama kepada ekosistem semula jadi. Ancaman alam sekitar secara berterusan akan mendatangkan kesan negatif kepada semua organisma hidup termasuk manusia sendiri.

  1. Perubahan iklim dan pemanasan global

Rajah 2

Rajah 2 - Kesan rumah hijau. Secara semula jadi, sebahagian pancaran cahaya matahari yang memasuki atmosfera bumi akan dipantulkan semula ke atmosfera bumi dalam bentuk sinar inframerah. Kebanyakan tenaga haba akan diserap oleh gas rumah hijau yang terdapat dalam atmosfera bumi seperti karbon dioksida, metana, nitrogen dioksida dan klorofluorokarbon. Ini dapat menghalang tenaga haba daripada dipantulkan kembali ke ruang angkasa. Tenaga haba yang tidak dipantul memberi kehangatan kepada organisma untuk hidup. Namun, aktiviti manusia akan menyebabkan gas rumah hijau ini menjadi lebih tinggi dan lebih banyak haba akan terperangkap. Kesannya, suhu bumi akan meningkat dan mengakibatkan kesan rumah hijau.

Faktor yang menyebabkan kesan rumah hijau dan Gas rumah hijau yang dibebaskan

  • Pembakaran bahan api fosil: Karbon dioksida, nitrogen oksida
  • Aktiviti penyahhutanan: Karbon dioksida
  • Aktiviti penternakan: Metana
  • Aktiviti pertanian (baja nitrogen): Nitrogen dioksida
  • Penggunaan bahan penyejuk: Klorofluorokarbon (CFC)

Rajah 3

Rajah 3 - Kesan perubahan iklim seperti fenomena El Nino (kiri) dan fenomena La Nina (kanan).


  1. Penyahhutanan dan kehilangan biodiversiti

Penyahhutanan merujuk kepada penebangan pokok secara berleluasa. Aktiviti ini merupakan penyebab utama kepada ketidakseimbangan biodiversiti. Kesannya, pelbagai spesies flora dan fauna akan kehilangan tempat tinggal mereka.

Tujuan dan kesan aktiviti penyahhutanan

Rajah 4

Rajah 4 - Hakisan tanah dan banjir kilat akibat penyahhutanan.

Faktor utama kehilangan biodiversiti ialah perubahan global yang disebabkan oleh pencemaran alam sekitar. Pemburuan haram juga menyumbang kepada pengurangan populasi spesies haiwan dan menyebabkan kepupusan. Kejadian hujan asid menjadikan tanah berasid dan membunuh hidupan air.


  1. Eutrofikasi Proses eutrofikasi disebabkan oleh peningkatan pertumbuhan alga akibat penggunaan baja nitrat dan fosfat yang berlebihan. Akibatnya, kualiti air merosot dan hidupan akuatik mati.

Proses Eutrofikasi

Faktor-faktor eutrofikasi:

  • Sisa detergen, fosfat dan air kumbahan tidak terawat dari kawasan perumahan
  • Air loji kumbahan terawat
  • Bahan buangan domestik dari kawasan pengilangan
  • Penggunaan nitrat dan fosfat dalam pertanian
  • Najis haiwan dari kawasan penternakan
  • Nitrat dan fosfat dari kawasan pembinaan
  • Hakisan tanah akibat aktiviti perlombongan

Eutrofikasi

BOD merujuk kepada jumlah oksigen yang diperlukan oleh mikroorganisma untuk proses penguraian bahan organik dalam air. BOD yang tinggi bermaksud kualiti sumber air adalah rendah kerana kepekatan bahan organik dan mikroorganisma pengurai adalah tinggi. Sebaliknya, BOD yang rendah melambangkan kualiti air yang baik dan mengandungi kandungan oksigen yang tinggi.

  1. Pencemaran
  • Pencemaran udara
    • Akibat peningkatan bahan pencemar seperti gas, asap, debu dan habuk di dalam atmosfera.
    • Memberi kesan negatif kepada kesihatan manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
    • Boleh disebabkan oleh gas dari ekzos kenderaan bermotor , asap dari kilang perindustrian dan pembakaran terbuka.
    • Gas-gas seperti karbon monoksida, nitrogen oksida dan sulfur dioksida yang dibebaskan boleh bergabung dengan wap air di atmosfera dan membentuk asid nitrik dan asid sulfurik dan turun sebagai hujan asid.

Rajah 5 Rajah 5

Rajah 5 - Hujan asid boleh menjadikan tanah berasid (nilai pH kurang daripada 5) dan kurang subur. Selain itu, tisu daun dan akar tumbuhan akan dirosakkan. Peningkatan keasidan air boleh mengurangkan populasi plankton dalam air. Ini menjejaskan rantai makanan dan menyebabkan banyak organisma mati. Hujan asid juga boleh menyebabkan penyakit kulit dalam manusia.

  • Pencemaran terma
    • Penyingkiran haba berlebihan ke dalam air.
    • Akibat air panas yang terhasil daripada generator dalam kilang industri dan stesen jana kuasa elektrik mengalir ke dalam sungai atau tasik.
    • Suhu air yang tinggi mengurangkan pelarutan oksigen dalam air dan menyukarkan kemandirian hidupan akuatik.
    • Peningkatan suhu air juga menjejaskan proses biokimia dalam organisma akuatik. Contohnya, telur ikan mungkin akan menetas lebih awal atau gagal menetas.
    • Suhu air yang tinggi menggalakkan pertumbuhan alga dan seterusnya meningkatkan BOD air.

Pencemaran Terma

  • Pencemaran bunyi
    • Merujuk kepada bunyi yang menganggu dan menjejaskan kesihatan manusia dan haiwan.
    • Sebagai contoh, bunyi kenderaan, aktiviti pembinaan, mesin pertanian dan kilang, bunyi muzik yang kuat dan sebagainya.
    • Boleh mengakibatkan masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, penyakit kardiovaskular, kemurungan dan sakit kepala.

Pencemaran Bunyi


  1. Ledakan pertumbuhan populasi manusia
  • Merujuk kepada peningkatan jumlah manusia yang tinggal di sesebuah kawasan.
  • Ini menyebabkan pengurangan sumber alam sekitar, seterusnya membawa kepada penyahhutanan, kehilangan biodiversiti, dan pemanasan global.
  • Akibatnya, organisma mengalami ancaman seperti pencemaran alam sekitar, penyakit dan mungkin kepupusan spesies.
  • Berlaku pemindahan sumber kerana kekurangan sumber di kawasan tertentu.

Ledakan Pertumbuhan Populasi Manusia

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024