Kelestarian Alam Sekitar

10.2 - Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem

Keperluan Pemeliharaan, Pemuliharaan dan Pemulihan Ekosistem

Langkah-langkah pemeliharaan, pemuliharaan dan pemulihan ekosistem boleh diambil dalam pengurusan pembangunan.

  • Pemeliharaan ekosistem
    • Merujuk kepada usaha untuk melindungi ekosistem supaya keadaan semula jadinya dikekalkan.
    • Contohnya, mewartakan hutan simpan yang bebas daripada sebarang aktiviti pembangunan. Flora dan fauna semula jadi dikekalkan.

Pemeliharaan ekosistem

  • Pemuliharaan ekosistem
    • Merujuk kepada usaha untuk membaik pulih sumber alam supaya tidak pupus.
    • Memastikan komponen ekosistem terancam diselamatkan dan dikekalkan.
    • 2 jenis strategi pemuliharaan, iaitu pemuliharaan in situ dan pemuliharaan ex situ.
      • Pemuliharaan in situ mengekalkan haiwan liar di dalam habitat seperti taman negara dan taman laut.
      • Pemuliharaan ex situ mengekalkan haiwan di luar habitat. Contohnya, zoo dan taman botani.

Pemuliharaan Ekosistem

  • Pemulihan ekosistem
    • Merujuk kepada usaha untuk memperbaharu dan memulihkan ekosistem yang sudah merosot, rosak atau musnah akibat akitiviti pembangunan manusia.
    • Sebagai contoh, usaha penanaman semula hutan dan penanaman tanaman tutup bumi.

Pemulihan Ekosistem

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024