Pembahagian Sel

6.4 - Isu Pembahagian Sel terhadap Kesihatan Manusia

Kanser ialah penyakit yang disebabkan oleh mitosis tidak terkawal. Mitosis tidak terkawal boleh disebabkan oleh gangguan pada mekanisme yang mengawal kitaran sel. Pembentukan tumor boleh berlaku kalau sel kanser membahagi secara berterusan dan tidak dimusnahkan. Tumor boleh terbahagi kepada:

  • Tumor benigna , ialah tumor yang tidak berbahaya dan boleh dibuang melalui pembedahan.
  • Tumor malignan , juga dikenali sebagai kanser, ialah tumor yang lebih berbahaya dan boleh mengancam nyawa seseorang.

Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan kanser termasuk radiasi (sinar x, sinar ultraungu, sinar gama), bahan-bahan kimia (tar dalam tembakau), bahan-bahan karsinogenik (formaldehid), mutasi dan kerosakan pada DNA.

Rajah 22

Rajah 22 - Sel normal (kiri) mempunyai bentuk yang seragam manakala bentuk sel kanser (kanan) pula adalah tidak seragam kerana pertumbuhan tidak normal.

Kecacatan meiosis juga boleh mengakibatkan penyakit genetik. Salah satu contoh yang paling dikenali ialah sindrom Down. Pesakit sindrom Down mempunyai 47 kromosom. Kegagalan gentian gelendong untuk berfungsi ketika anafasa I atau anafasa II menyebabkan kromosom gagal berpisah.

Rajah 23

Rajah 23 - Sindrom Down juga dikenali sebagai trisomi 21 kerana salinan kromosom tambahan pada kromosom 21.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024