Pembahagian Sel

6.1 - Pembahagian Sel

Pembahagian sel merupakan satu proses semula jadi yang berlaku dalam semua organisma hidup. Dalam organisma unisel, pembahagian sel ialah satu cara pembiakan; dalam organisma multisel pula, pembahagian sel ialah cara pertumbuhan dan penyelenggaran tisu. Sel baharu perlu dihasilkan pada setiap masa untuk menggantikan sel yang telah mati atau tua. Terdapat dua peringkat pembahagian sel iaitu kariokinesis dan sitokinesis.

  • Kariokinesis ialah proses pembahagian nukleus.
  • Sitokinesis ialah proses pembahagian sitoplasma.

Rajah 1

Rajah 1 - Sitokinesis berlaku semasa mitosis dan meiosis dalam sel haiwan dan sel tumbuhan. Proses ini ialah peringkat terakhir yang akan menghasilkan dua sel anak baharu. Pembentukan gelang pencerutan membezakan sel haiwan daripada sel tumbuhan.

Sel soma dan sel pembiakan/gamet merupakan dua jenis sel yang terdapat dalam organisma hidup.

  • Sel soma
    • Definisi: Semua sel dalam badan kecuali sel gamet
    • Penghasilan: Terhasil melalui mitosis
    • Bilangan kromosom: Mengandungi kromosom diploid (2n)
    • Contoh-contoh: Sel otot, sel saraf, sel darah merah dll.
  • Gamet
    • Definisi: Sel terhasil dalam organ seksual
    • Penghasilan: Terhasil melalui meiosis
    • Bilangan kromosom: Mengandungi kromosom haploid (n)
    • Contoh-contoh: Sperma dan ovum

Sel diploid merupakan sel yang mempunyai dua set kromosom yang lengkap, iaitu satu set daripada induk jantan ( kromosom paternal ) dan satu lagi set daripada induk betina ( kromosom maternal ). Sebaliknya, sel haploid hanya mengandungi separuh daripada bilangan kromosom dalam diploid, iaitu sel haploid hanya mempunyai satu set kromosom yang lengkap.

Rajah 2

Rajah 2 - Haploid (kiri) merujuk kepada hanya satu salinan setiap kromosom. Diploid (kanan) pula mengandungi dua salinan setiap kromosom.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024