Komposisi Kimia dalam Sel

4.5 - Asid Nukleik

Asid nukleik merupakan molekul rantai panjang yang membawa maklumat genetik dalam sel. Asid nukleik mengandungi unsur-unsur seperti karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen dan fosforus. Ia dibina daripada monomer yang dikenali sebagai nukleotida. Setiap molekul nukleotida mempunyai tiga komponen ciri iaitu gula pentosa (5 karbon), bes bernitrogen dan kumpulan fosfat. Terdapat dua kelas utama iaitu asid deoksiribonukleik (DNA) dan asid ribonukleik (RNA).

Rajah 17

Rajah 17 - DNA (kiri) merupakan dua rantaian polinukleotida yang berbentuk heliks ganda dua. RNA (kanan) hanya mempunyai satu rantaian polinukleotida. Fungsi DNA adalah untuk mengawal aktiviti dalam sel manakala RNA terlibat dalam sintesis protein.

Rajah 18

Rajah 18 - Kalau anda memperbesar helai DNA, anda akan dapat melihat bahawa helaian DNA digabungkan dengan helai lain melalui ikatan hidrogen. Lebih khusus lagi, ikatan hidrogen berlaku di antara bes bernitrogen. Dalam rantaian DNA, adenina (A) berpasangan dengan timina (T) melalui 2 ikatan hidrogen manakala guanina (G) berpasangan dengan sitosina (C) melalui 3 ikatan hidrogen. Dalam rantai RNA, timina (T) digantikan oleh urasil (U).

Persamaan dan Perbezaan antara DNA dengan RNA

  • Persamaan
    • Kedua-dua bes bernitrogen A, G dan C
    • Mengandungi tulang belakang gula dan fosfat
  • Perbezaan
    • DNA
      • Gula pentosa: Deoksiribosa
      • Bes bernitrogen: Adenina (A)Guanina (G)Sitosina (C)Timina (T)
      • Bilangan rantai: Dua rantaian
    • RNA
      • Gula pentosa: Ribosa
      • Bes bernitrogen: Adenina (A)Guanina (G)Sitosina (C)Urasil (U)
      • Bilangan rantai: Rantai tunggal

Kepentingan Asid Nukleik dalam Sel

Rajah 19

Rajah 19 - Asid nukleik mengandungi semua maklumat genetik yang diperlukan oleh sel untuk hidup. 1. Bes bernitrogen adalah berpasangan di mana A berpasang dengan T sementara C berpasang dengan G. 2. Apabila rantaian DNA ditranskripsi, kodon mRNA terbentuk. 3. mRNA kemudian meninggalkan nukleus sambil membawa kod genetik untuk sintesis protein. 4. Apabila mRNA tiba di ribosom, translasi berlaku. Kodon dibaca dan ditranslasi kepada urutan asid amino tertentu. Sebagai contoh, kodon GAU ditranslasi kepada asid amino leusina.

Pembentukan Kromosom daripada DNA dan Protein

Rajah 20

Rajah 20 - Kromosom merupakan rantaian polinukleotida DNA yang boleh dijumpai dalam nukelus. Histon ialah protein di mana DNA berpintal pada supaya DNA dapat dimasukkan ke dalam nukelus. Semua rantaian DNA dibungkus secara rapat membentuk struktur kromosom. Kalau anda membuka kromosom dan mengatur DNA dari semua sel badan anda, panjangnya boleh mencapai 6000 juta batu!

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024