Komposisi Kimia dalam Sel

4.4 - Lipid

Lipid ialah sebatian hidrofobik yang tidak larut dalam air dan dapat dijumpai dalam haiwan dan tumbuhan. Ia larut dalam larutan organik seperti eter, kloroform, aseton, alkohol dan benzena. Lipid mengandungi unsur-unsur seperti karbon, hidrogen dan oksigen di mana nisbah atom hidrogen kepada atom oksigen adalah lebih tinggi berbanding dengan karbohidrat.

Rajah 13

Rajah 13 - Mentega, keju, makanan goreng, kacang dan minyak merupakan contoh-contoh makanan yang mengandungi lipid yang tinggi.

Jenis Lipid

Lipid boleh dibahagikan kepada lemak, fosfolipid, steroid dan lilin. Trigliserida merupakan komponen utama dalam lemak dan minyak. Trigliserida terdiri daripada satu molekul gliserol dan tiga molekul asid lemak. Asid lemak boleh dikategorikan kepada asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu. Perbandingan antara asid lemak tepu dan asid lemak tak tepu boleh dilihat di jadual di bawah.

Persamaan dan Perbezaan antara Asid Lemak Tepu dengan Asid Lemak Tak Tepu

  • Persamaan
    • Kedua-dua terdiri daripada unsur karbon, hidrogen dan oksigen
    • Kedua-dua mengandungi gliserol dan asid lemak
    • Kedua-dua merupakan molekul tidak berkutub
  • Perbezaan
    • Asid Lemak Tepu
      • Asid lemak: Hanya mengandungi ikatan tunggal
      • Ikatan: Tiada ikatan ganda dua
      • Bentuk pada suhu bilik: Pepejal
      • Takat lebur: Tinggi
      • Sumber: Mentega, lemak haiwan
    • Asid Lemak Tak Tepu
      • Asid lemak: Mengandungi sekurang-kurangnya satu ikatan ganda dua
      • Ikatan: Ikatan ganda dua masih boleh menerima atom hidrogen
      • Bentuk pada suhu bilik: Cecair
      • Takat lebur: Rendah
      • Sumber: Minyak zaitun, minyak ikan

Lilin merupakan lipid yang mengandungi alkohol rantai panjang dan asid lemak (sebatian organik ester).

Rajah 14

Rajah 14 - Lilin semula jadi adalah ester. Sesetengah lilin sintetik tidak mempunyai kumpulan berfungsi. Lilin sintetik digunakan dalam penghasilan makanan, kosmetik dan pelekat.

Fosfolipid merupakan molekul yang membina membran plasma. Fosfolipid terdiri daripada kepala yang bersifat hidrofilik dan ekor yang bersifat hidrofobik. Ia mengandungi satu molekul gliserol dan dua molekul asid lemak.

Rajah 15

Rajah 15 - Dalam Bab 3, kita telah belajar tentang komposisi membran plasma. Salah satu komponennya ialah dwilapisan fosfolipid.

Steroid merupakan satu kelas molekul lipid yang lain. Steroid mempunyai struktur yang berbeza dengan lipid lain (struktur empat cincin bersatu). Asid lemak tidak terdapat dalam steroid. Beberapa contoh steroid termasuk kolesterol dan hormone steroid (testosteron, estrogen, progesteron).

Rajah 16

Rajah 16 - Kolesterol ialah steroid yang paling dikenali. Kolesterol digunakan untuk sintesis vitamin D, hormon steroid, kortisol dan garam hempedu.

Kepentingan Lipid dalam Sel

  • Berfungsi sebagai simpanan tenaga
  • Lilin pada permukaan kutikel dan sebelum yang dirembeskan oleh kulit kita (perlindungan)
  • Penebat haba
  • Melindungi organ dalaman (kusyen)
  • Menstabilkan membran plasma dan membantu dalam pengenalpastian sel
  • Kolesterol penting dalam sintesis hormon steroid

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024