Komposisi Kimia dalam Sel

4.1 - Air

Air merupakan salah satu sebatian yang paling banyak dan penting yang pernah wujud di Bumi. Air ialah bahan bukan organik yang tidak mempunyai rasa, tidak berbau dan telus. Air penting untuk semua organisma hidup.

Rajah 1

Rajah 1 - Formula kimia air ialah H2O. 2 atom hidrogen bergabung dengan 1 atom oksigen. Ikatan hydrogen terbentuk antara molekul air.

Sifat dan Kepentingan Air dalam Sel

Ciri-ciri unik air termasuk:

  • Kekutuban
    • Molekul air ialah molekul berkutub kerana atom hydrogen yang bercas positif separa dan atom oksigen yang bercas negatif separa.
    • Keupayaan air membentuk ikatan hidrogen membolehkan air bertindak sebagai pelarut semesta. Ini bermaksud air boleh melarutkan lebih banyak zat terlarut berbanding dengan pelarut yang lain.
    • Pelarutan zat terlarut seperti glukosa dan ion membolehkan pengangkutan zat terlarut merentasi membran plasma.
  • Daya lekitan dan daya lekatan
    • Daya lekitan dan daya lekatan air yang kuat membolehkan air memasuki dan bergerak di ruang yang sempit seperti salur xilem.
    • Molekul air boleh melekat antara satu sama lain melalui daya lekitan. Daya ini membolehkan ikatan hidrogen bersama untuk membentuk ketegangan permukaan di permukaan air.
    • Pada masa yang sama, molekul air juga mempunyai daya lekatan yang kuat. Air boleh melekat pada permukaan yang lain. Disebabkan kekutuban air, molekul air akan tertarik dengan bahan lain yang bercas.
  • Muatan haba tentu air
    • Air mempunyai muatan haba tentu sebanyak 4.2 kJ kg⁻¹ °C⁻¹. Ini bermaksud 4.2 kJ tenaga haba diperlukan untuk menaikkan suhu sebanyak 1°C.
    • Ini penting kerana air merangkumi sekitar 70% permukaan Bumi. Ciri ini menandakan bahawa air dapat menyerap tenaga haba yang banyak tanpa kenaikan suhu yang tajam.
    • Selain itu, air juga membantu organisma hidup mengekalkan suhu badan mereka pada cuaca panas.

Rajah 2

Rajah 2 - Daya lekitan dan daya lekatan air memberi molekul air sifat 'lekat'. Ketegangan permukaan semula jadi ini membantu serangga berjalan atau duduk di permukaan air.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024