Komposisi Kimia dalam Sel
Protein boleh dijumpai dalam semua organisma hidup. Protein ialah sebatian kompleks yang terdiri daripada unsur karbon, hidrogen, oksigen, nitrogen, sulfur dan fosforus. Protein terbentuk daripada gabungan satu atau lebih daripada satu polipeptida. Berikut adalah beberapa istilah yang berkaitan dengan protein:
Rajah 10 - Makanan seperti daging, ikan, telur dan produk tenusu merupakan sumber protein penting.
Rajah 11 - Asid amino (kiri) merupakan unit asas protein. Terdapat 20 jenis asid amino yang berbeza. Dipeptida (tengah) terdiri daripada 2 moleukul asid amino yang dirangkai bersama oleh ikatan peptida. Tripeptida (kanan) terdiri daripada 3 molekul asid amino dirangkai bersama oleh ikatan peptida.
Proses penggabungan asid amino dikenali sebagai proses kondensasi. Molekul air terbentuk sebagai produk sampingan dalam proses ini. Hidrolisis protein merupakan penguraian protein menjadi asid amino asasnya. Air diperlukan untuk proses hidrolisis.
Rajah 12 - Banyak asid amino bergabung menjadi satu rantai polipeptida yang panjang. Polipeptida tersebut melipat dirinya untuk membentuk struktur protein tertentu. Bentuk protein bergantung pada interaksi antara rantai sampingan asid amino.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!