Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan
Tulang belakang membengkok ke sisi dan membentuk bentuk 'S' atau 'C' apabila dilihat dari belakang. Skoliosis boleh disebabkan oleh faktor genetik atau pertumbuhan tulang belakang yang tidak normal ketika perkembangan akil baligh.
Postur badan yang betul Postur bermaksud posisi badan seseorang ketika duduk, berdiri, berjalan atau semasa baring. Jangan membongkok ketika berdiri atau duduk kerana ini boleh meletakkan tekanan pada turus vertebra kita dan mengakibatkan keseluruhan turus vertebra tidak sejajar. Peredaran darah badan juga akan dijejaskan dan memberi tekanan kepada saraf dan organ dalaman kita.
Senaman Senaman dapat menguatkan struktur sendi dan mengekalkan kekenyalan ligamen dan otot. Senaman juga dapat meningkatkan kekuatan tulang dan mendapan mineral tulang dalam orang dewasa dan menghalang osteoporosis pada warga tua.
Pakaian yang sesuai Pakai pakaian yang selesa dan tidak ketat yang tidak akan menyekat aliran darah dan pergerakan badan. Pakai kasut berkusyen yang selesa dan bertumit rendah untuk memberi sokongan dan perlindungan kepada turus vertebra.
Gizi seimbang Gizi yang seimbang terdiri daripada makanan yang kaya dengan kalsium, fosforus, vitamin C dan vitamin D. Vitamin C boleh meningkatkan jisim tulang manakala vitamin D membantu penyerapan kalsium.
Answer practice questions to test your knowledge
Join our community on Whatsapp!