Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan

14.2 - Sistem Otot Rangka Manusia

Sistem Rangka

Sistem rangka manusia mempunyai 2 bahagian utama.

  • Rangka paksi , yang terdiri daripada tengkorak, turus vertebra, tulang rusuk dan sternum (tulang dada).
  • Rangka apendaj , yang terdiri daripada lengkungan pektoral, tulang kaki, lengkungan pelvis, dan tulang lengan.

Rajah 1

Rajah 1 - Sistem rangka manusia.

Turus Vertebra Manusia

Turus vertebra juga dipanggil sebagai tulang belakang. Turus vertebra terdiri daripada rangkaian tulang yang dikenali sebagai vertebra. Turus vertebra mempunyai 33 vertebra yang berlainan saiz dan bentuk.

Toraks Vertebra

Toraks vertebra

  • Cuaran spina yang panjang
  • Tempat pelekatan otot dan ligamen ialah cuaran spina dan cuaran melintang
  • Cuaran melintang mempunyai muka sendi untuk bersendi dengan tulang rusuk (kecuali vertebra toraks ke-11 dan ke-12)

Vertebra Lumbar

Vertebra lumbar

  • Vertebra yang paling besar dan kuat
  • Cuaran spina pendenk
  • Sentrum besar untuk menyokong berat badan bawah belakang badan

Vertebra Sakrum dan Vertebra Kaudal

Vertebra sakrum

  • Tulang yang berbentuk segi tiga yang dihasilkan daripada cantuman 5 vertebra

Vertebra kaudal

  • Struktur segi tiga yang meruncing pada satu hujung
  • Terhasil daripada cantuman 4 tulang

Vertebra Atlas

Vertebra atlas

  • Vertebra serviks pertama
  • Salur saraf besar
  • Cuaran spina kecil
  • Sepasang foramen melintang
  • Tiada sentrum
  • Bersendi dengan tengkorak

Vertebra Axis

Vertebra axis

  • Vertebra serviks kedua
  • Cuaran spina besar
  • Cauran melintang kecil
  • Sepasang foramen melintang
  • Cuaran odontoid bersendi dengan muka sendi salur saraf vertebra atlas

Vertebra Serviks

Vertebra serviks

  • Cuaran spina pendek
  • Sentrum kecil
  • Cuaran melintang lebar dan pendek
  • Sepasang foramen melintang

Vertebra serviks, Vertebra toraks dan Vertebra lumbar

  • Persamaan
    • Semua mempunyai cuaran spina, cuaran melintang, sentrum dan salur saraf.
  • Perbezaan
    • Vertebra serviks
      • Cuaran spina: Pendek
      • Cuaran melintang: Lebar dan pendek
      • Sentrum: Kecil
      • Foramen melintang: 2
    • Vertebra toraks
      • Cuaran spina: Panjang
      • Cuaran melintang: Panjang
      • Sentrum: Sederhana
      • Foramen melintang: Tiada
    • Vertebra lumbar
      • Cuaran spina: Pendek
      • Cuaran melintang: Pendek
      • Sentrum: Besar
      • Foramen melintang: Tiada

Sendi

Tulang terlalu kaku dan tidak dapat membengkok tanpa mengalami kecederaan. Tisu penghubung kenyal membentuk sendi yang memgang tulang bersama untuk membolehkan pergerakan. Sendi ialah tempat pertemuan antara dua atau lebih tulang. Sendi yang berlainan membolehkan pergerakan yang berbeza. Terdapat 3 jenis sendi iaitu

  • Sendi tidak bergerak , contohnya sutur pada kranium.

Sendi tidak bergerak

  • Sendi bergerak sedikit , seperti cakera rawan antara tulang vertebra dan rawan antara tulang rusuk pertama dan sternum.

Sendi bergerak sedikit

  • Sendi bebas bergerak , misalnya sendi engsel dan sendi lesung.

Rajah 2

Rajah 2 - Kapsul membalut sendi dan melindunginya. Rawan bertindak sebagai kusyen yang menyerap hentakan dan mengurangkan geseran antara hujung tulang. Membran sinovia menghasilkan bendalir sinovia ke dalam rongga sinovia sebagai pelincir antara tulang-tulang.

  • Sendi lesung
    • Membolehkan pergerakan berbentuk putaran dalam semua arah
    • Membenarkan ayuan lengan dan kaki dalam pergerakan membulat
    • Contohnya sendi bahu dan sendi punggung

Rajah 3

Rajah 3 - Sendi lesung in punggung.

  • Sendi engsel
    • Membolehkan pergerakan tulang pada satu satah
    • Contohnya siku, tulang jari tangan dan lutut.

Rajah 4

Rajah 4 - Sendi engsel di bahagian siku.

Selain tulang dan sendi, sokongan dan pergerakan juga memerlukan bantuan daripada otot rangka, tendon dan ligamen.

Otot Rangka, Tendon dan Ligamen

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024