Sokongan dan Pergerakan dalam Manusia dan Haiwan

14.3 - Mekanisme Pergerakan dan Gerak Alih

Pergerakan lengan manusia melibatkan otot biseps dan triseps.

Membengkokkan Lengan

Membengkokkan lengan

  • Apabila otot biseps mengecut , daya tarikan dipindahkan kepada lengan melalui tendon.
  • Pada masa yang sama, otot triseps mengendur.
  • Akibatnya, sendi siku membengkok dan lengan ditarik ke atas.

Meluruskan Lengan

Meluruskan lengan

  • Apabila otot triseps mengecut dan otot biseps mengendur, lengan akan diluruskan.

Pergerakan kaki juga melibatkan kerjasama antara otot antagonis. Otot biseps femoris bertindak sebagai otot fleksor manakala otot kuadriseps femoris bertindak sebagai otot ekstensor.

Pergerakan Kaki

  1. Otot betis mengecut dan tumit kaki diangkat. Ini memberi tujahan ke arah depan apabila tapak kaki menolak ke bawah tanah.
  2. Pada masa yang sama, otot biseps femoris mengecut dan membengkokkan lutut. Kaki kanan diangkat.
  3. Apabila kaki tidak bersentuhan dengan tanah, berat badan disokong oleh kaki kiri. Otot kuadriseps femoris mengecut dan meluruskan kaki kanan.
  4. Apabila kaki diluruskan, otot tibialis mengecut dan menurunkan tumit kaki. Apabila tumit kaki bersentuhan dengan tanah, berat badan sekarang disokong oleh kaki kanan. Keseluruhan urutan ini diulang dengan kaki kiri.

Mekanisme Gerak Alih dalam Haiwan

Rajah 5

Rajah 5 - Ikan menggunakan pengecutan dan pengenduran otot miotom untuk berenang. Apabila otot di sebelah mengecut, otot di sebelah lain pula mengendur. Ini membolehkan ikan mengibaskan ekornya. Apabila otot miotom kiri mengecut, ekornya diibas ke sebelah kiri. Urutan ini diulang di sebelah kanan. Gelombang pengecutan dan pengenduran berlaku secara berselang-seli di sepanjang miotom. Ini menyebabkan bahagian badan bergerak dari sisi ke sisi, menolak air ke belakang dan ke sisi lalu ikan digerakkan ke hadapan. Ikan menggunakan siripnya untuk mengawal arah pergerakan dan arah haluan.

Rajah 6

Rajah 6 - Otot antagonis yang digunakan oleh burung untuk penerbangan adalah otot pektoralis major dan otot pektoralis minor. Apabila otot pektoralis minor mengecut, sayap akan digerakkan ke atas. Apabila otot pektoralis major mengecut, sayapnya akan digerakkan ke bawah. Pergerakan sayap ke atas dan ke bawah memberi tujahan ke arah depan dan membantu burung untuk terbang.

Rajah 7

Rajah 7 - Haiwan yang mempunyai rangka hidrostatik seperti cacing menggunakan otot antagonis untuk bergerak iaitu otot membujur dan otot lingkar. 1. Otot lingkar pada posterior mengecut manakala otot membujur mengendur. Cacing menjadi lebih pendek dan tebal. 2. Keta di segmen posterior mencengkam tanah manakala keta di segmen anterior dilepaskan. 3. Di segmen anterior, otot membujur mengecut manakala otot lingkar mengendur. Cacing menjadi lebih nipis dan panjang. Segmen anterior memanjang ke hadapan. 4. Sekarang, keta di segmen anterior mencengkam tanah manakala keta di bahagian posterior dilepaskan. 5. Segmen posterior yang dipendekkan memanjang ke hadapan.

Rajah 8

Rajah 8 - Otot antagonis ( otot fleksor dan otot ekstensor ) melekat kepada permukaan dalam rangka luar belalang. Otot fleksor membengkokkan sendi manakala otot ekstensor meluruskannya. 1. Dalam keadaan rehat, otot fleksor mengecut dan kaki belakang ditarik ke arah badan, membentuk bentuk 'Z'. Belalang sedia melompat. 2. Apabila otot ekstensor mengecut, kaki belakangnya diluruskan. 3. Kaki yang melurus menghasilkan lentingan yang menolak belakang ke hadapan dan ke udara.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024