Rangka merupakan satu kerangka yang memberi sokongan kepada organisma hidup. Terdapat 3 jenis rangka dalam haiwan.
Rangka luar
Rangka dalam
Rangka hidrostatik
Keperluan Sistem Rangka dalam Haiwan dan Manusia
Membolehkan organisma untuk bergerak dan mencari makanan, pasangan atau melarikan diri daripada situasi berbahaya.
Rangka luar melindungi dan memberi sokongan kepada tisu badan dalaman yang lembut dalam serangga dan krustasea.
Rangka dalam membantu mengekalkan bentuk badan, memberi sokongan kepada tisu badan lembut dan melindungi organ dalaman daripada kecederaan dalam semua vertebra.
Rangka hidrostatik membantu haiwan yang mempunyai tisu lembut untuk mengekalkan bentuk badan yang betul.