Pembentukan Malaysia

5.5 - Perjanjian Julai 1963 dan Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

  • Perjanjian Julai 1963 / Perjanjian Malaysia / Malaysia Agreement (MA63) – Sebuah dokumen yang ditandatangani oleh kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah dan Singapura.
  • 9 Julai 1963 – Perjanjian ini ditandatangani di London.
  • Prinsip utama – Mengiktiraf hak yang sama kepada semua negeri dalam Malaysia.

Inti Pati Perjanjian Malaysia

  • 31 Ogos 1963 – Tarikh pembentukan Malaysia.
  • Sarawak, Sabah dan Singapura – Ahli dalam Persekutuan Malaysia bersama Persekutuan Tanah Melayu.
  • Kerajaan British mengiktiraf kedaulatan Sarawak, Sabah dan Singapura dalam Malaysia.
  • Memberi kelebihan kepada Sarawak dan Sabah menubuhkan cabinet negeri.
  • Memperuntukkan tempoh masa peralihan – Bidang pentadbiran awam dan pendidikan kepada Sarawak dan Sabah.
  • Kerusi Parlimen – Singapura sebanyak 15 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Sabah 16 kerusi.
  • Penduduk bumiputera Sarawak dan Sabah – mendapat pengiktirafan sama seperti orang Melayu dalam Perlembangaan Persekutuan.

Misi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)

  • Indonesia membuat bantahan rasmi pembentukan Malaysia di PBB.
  • 12 Ogos 1963 – U Thant (Setiausaha Agung PBB) mengumumkan penubuhan United Nations Malaysia Mission (UNMM).
  • Tujuan – Menilai dan membuat laporan.
  • Laurence Michelmore (Duta Amerika di PBB) – Mengetuai rombongan untuk melakukan tinjauan di Sarawak dan Sabah.
  • 14 September 1963 – Misi ini menerbitkan laporan penduduk Sarawak dan Sabah yang menerima pembentukan Malaysia.

Peristiwa Pengisytiharan Malaysia

  • 16 September 1963 – Pengisytiharan Malaysia dilakukan serentan di Kuala Lumpur, Sarawak dan Sabah.
  • Kuala Lumpur – YDPA membaca Pengisytiharan Malaysia di Stadium Merdeka dan disaksikan oleh Tunku Abdul Rahman.
  • Sarawak – Dati Abang Haji Openg Abang Sapiee mengangkat sumpah jawatan Yang di-Pertua Negeri Sarawak. Pengisytiharan Malaysia dibaca oleh Khir Johari wakil kerajssan Persekutuan di Kuching yang turut dihari oleh anggota cabinet negeri.
  • Sabah – Datu Mustapha mengumumkan Pengistiharan Malaysia di Kota Kinabalu serta menandatangi surat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama. Tun Abdul Razak mewakili Kerajaan Persekutuan.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024