5.3 -
Reaksi Tempatan dan Negara Jiran terhadap Pembentukan Malaysia
27 Mei 1961 – Tunku Abdul Rahman mengumunkan pembentukan Malaysia dan mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak.
Reaksi Awal terhadap Gagasan Malaysia
Pembentukan gagasan Malaysia mendapat reaksi awal daripada masyarakat tempatan (Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak, Sabah, Singapura, Bruinei) dan negara jiran (Indonesia, Filipina dan Thailand).
Reaksi Tempatan
Persekutuan Tanah Melayu
Mendapat sambutan baik daripada penduduk tempatan dan parti politik.
Parti politik – Secara prinsipnya bersetuju dan menerima cadangan pembentukan Malaysia tetapi berbeza pendapat tentang pelaksanaannya.
Tunku Abdul Rahman – Mendapat sokongan UMNO.
Sarawak
Menyokong
BARJASA – Pimpinan Datu Patinggi Abdul Rahman Ya’kub dan Datu Tuanku Haji Bujang Tuanku Othman.
PANAS – Pimpinan Datu Bandar Abang Haji Mustapha.
PESAKA – Pimpinan Temenggung Jugah anak Barieng
SCA
Parti-parti ini menyokong pembentukan Malaysia.
Menentang
SUPP – Pimpinan Ong Kee Hui
SNAP – Pimpinan Stephen Kalong Ningkan
Dua parti ini menetang pembentukan Malaysia pada peringkat awal.
Menentang Kemudian Menyokong
Pada peringkat awal, SNAP menentang rancangan pembentukan Malaysia.
Kemudian, SNAP menyokong rancangan tersebut berdsarkan cadangan Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JKSKM)
Oktober 1962 – PANAS, SNAP, BARJASA, SCA dan PESAKA membentuk Parti Perikatan Sarawak dan menubuhkan Sarawak Alliance.
Sabah
Pada peringkat awal – Penduduk Sabah berasa curiga dan bimbang.
Ketika itu, Sabah sedang berkembang dengan baik dan penduduk bebas melaksanakan kegiatan mereka.
Pasukan British – Menjamin keselamatan mereka.
Mereka berpendapat – Tiada keperluan untuk bergabung.
Menyokong
Menjelang pembentukan Malaysia – UNKO, USNO, Pasok Momogun dan Sabah Chinese Association ditubuhkan.
USNO (pimpinan Datu Mustapha Datu Harun) – Menyokong pembentukan Malaysia sejak awal lagi.
Oktober 1962 – Sabah Alliance ditubuhkan yang terdiri daripada UNKO, USNO, United Pasok Momogun (UPKO), Democratic Party dan Sabah Indian Congress.
Menentang
Pemimpin dan penduduk di Sabah ingan mendapatakan kemerdekaan secara berasingan atau membentuk Kesatuan Negeri-negeri Borneo yang merdeka.
Mereka menganggap – Tanah Melayu terasing seperti Indonesia dan Filipina.
Mereka mempersoalkan keadaan pemimpin tempatan yang perlu menyesuaikan diri dengan politik, pilihan raya dan berkerajaan sendiri yang sudah diamalkan di Singapura dan Tanah Melayu.
Jarak antara Sarawak, Sabah dengan Kuala Lumpur juga menimbulkan masalah.
9 Ogos 1961 – Barisan Bersatu (United Bersatu) ditubuhkan.
Tujuan – Untuk mencabar pembentukan Malaysia.
Anggota Barisan Bersatu – Ong Kee Hui, A.M. Azahari dan Donald Stephens.
Kemudiannya, UNKO menyokong pembentukan Malaysia.
Singapura
Menyokong
People’s Action Party (PAP) – Menyambut baik rancangan ini.
Pedagang dan pengusaha industri – Menyokong kerana membuka pelunag pasaran yang lebih besar.
Parti lain (Parti Buruh Singapura) – bersetuju tetapi menganggap gabungan ini sukar dilaksanakan.
Menentang
Parti Rakyat Singapura – Menentang gagasan Malaysia.
Barisan Sosialis – Menentang kerana menganggap pembentukan Malaysia sebagai penjajahan baru. Mereka mencadangkan agar pandangan rakyat diperoleh terlebih dahulu.
Brunei
Menyokong
Sultan Brunei – Mengalu-alukan pembentukan Malaysia.
Rakyat Brunei – Berminat dengan gabungan ini. Namun begitu, mereka ingin mencapai kemerdekaan terlebih dahulu.
Menentang
Parti Rakyat Brunei (Pimpinan A.M. Azahari) – Menentang cadangan tersebut kerana berminat untuk menggabungkan Brunei, Sarawak, Sabah dan Kalimantan Utara dalam satu kesatuan.
A.M. Azahari – Berpendapatan pembentukan Malaysia merupakan satu cara British untuk mengekalkan pengaruh agar dapat menguasai ekonomi dan menjamin keselamatan.
Mereka khuatir Brunei kehilangan sebahagian besar kekayaan.
Reaksi Negara Jiran
Indonesia
Kerajaan Indonesia tidak menentang.
Dr. Mohammad Hatta dan Dr. Subandrio – Mengalu-alukan idea pembentukan Malaysia.
Filipina
Presiden Diosdado Pangan Macapagal – Menentang pembentukan Malaysia kerana menuntut wilayah Sabah.
Bagi Persekutuan Tanah Melayu – Tuntutan ini adalah dibawah urusan kerajaan British.
Thailand
Kerajaan Thailand – Memberikan reaksi positif dan menerima pembentukan Malaysia.
Pembentukan Malaysia – Dianggap memperkuat usaha kearah keamanan di rantau Asia Tenggara.