Pembentukan Malaysia

5.4 - Langkah Pembentukan Malaysia

16 Oktober 1961 – Usul pembentukan Malaysia dibentangkan di Dewan Rakyat. Dan mendapat sokongan majoriti ahli dewan. Pelbagai cara yang dilakukan merealisasikan pembentukan Malaysia.

Siri Lawatan

  • Julai 1961 – Tunku Abdul Rahman melawat Sarawak dan Brunei untuk meninjau dan bertemy dengan pemimpin tempatan bagi menerangkan rancangan pembentukan Malaysia.
  • Ogos 1962 – Pemimpin Sarawak dan Sabah (Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggung Jugah, Donald Stephens dan Dati Mustapha) mengadakan lawatan ke Persekutuan Tanah Melayu untuk meninjau kemajuan persekutuan tersebut.
  • November 1962 – Lawatan Tunku Abdul Rahman ke Sarawak dan Sabah.
  • Lawatan rombongan Dr Burhanuddin al-Helmi dan Ghafar Baba ke Sarawak dan Sabah menunjukkan terdapat kesepakatan dalam kalangan ahli politik di Tanah Melayu untuk menjelaskan gambaran sebenar tentang rancangan Malaysia kepada penduduk Sarawak dan Sabah.

Jawatankuasa Setia Kawan Malaysia (JSKM)

  • 23 Julai 1961 – JKSM Ditubuhkan ketika Persidangan Ahli-ahli Parlimen Komanwel di Singapura.
  • Tujuan penubuhan
    • Meyakinkan Sarawak dan Sabah tentang pembentukan Malaysia.
    • Menyediakan ruang perbincangan bagi mendapat kata sepakat terhadap pembentukan Malaysia.
    • Mengumpulkan pandangan tentang pembentukan Malaysia.
    • Menyebarkan maklumat berkaitan dengan Malaysia.
    • Memupuk aktiviti penghebahan dan mempercepatkan pembentukan Malaysia.
  • Ahli JSKM – Wakil pemimpin Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah.
  • Donald Stephens – Pengerusi JSKM
  • Dalam mesyuarat – JSKM menyokong rancangan Malaysia.
  • Peranan JSKM – Memberi kefahaman kepada pemimpin tempatan dan mendapatkan sokongan terhadap pembentukan Malaysia.

Referendum Singapura

  • Ogos 1962 hingga September 1962 – Rundingan Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura diadakan.
  • Hasil rundingan – Singapura bersetuju menyertai Malaysia
  • Awal bulan September 1962 – Satu referendum diadakan di Singapura menyatakan bentuk pilihan Singapura menyertai Malaysia.
  • Keputusan referendum – Rakyat Singapura bersetuju untuk bergabung membentuk Malaysia seperti syarat yang ditetapkan oleh kerajaan Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu.
  • Keputusan ini membolehkan Singapura menyertai Malaysia.

Rundingan London

  • November 1961 – Rundingan berhubung dengan pembentukan Malaysia diadakan di London antara kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dengan British.
  • Persetujuan kedua-dua kerajaan – Penubuhan sebuah suruhanjaya bagi meninjau reaksi penduduk di Sarawak dan Sabah.

Suruhanjaya Cobbold

  • Januari 1962 – Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan.
  • Anggota Suruhanjaya Cobbold:
    • Lord Cobbold – Pengerusi
    • Ahli-ahli – Sir Anthony Abell, Sir David Watherston, Muhammad Ghazali Shafie dan Wong Pow Nee.
  • Suruhanjaya ini melawat 35 pusat lawatan (20 pusat lawatan di Sarawak dan 15 pusat lawatan di Sabah).
  • Jun 1962 – Suruhanjaya Cobbold menyerahkan laporan kepada kerajaan British dan Persekutuan Tanah Melayu. Antara laporan tersebut termasuklah:
    • Menyatakan dua pertiga penduduk menyokong pembentukan Malaysia.
    • Mengesyorkan agar Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dijadikan asas Perlembagaan Persekutuan yang baharu.
    • Mencadangkan kuasa autonomi dan jaminan khas kepada Sarawak dan Sabah yang tidak boleh dipinda atau dibatalkan oleh KerajaanPersekutuan tanpa mendapat persetujuan daripada Kerajaan Negeri berkenaan.

Pembentukan Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)

  • Ogos 1962 – Penubuhan Inter-Govermental Committee/ Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK).
  • Jawatankuasa ini diwakili – Kerjaan British, Persekutuan Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah.
  • Tujuan – Menyediakan rangka perlembagaan dan membentuk keperluan melindungi kepentingan Sarawak dan Sabah.
  • Lord Lansdowne – Pengerusi JAK
  • Tun Abdul Razak – Timbalan pengerusi JAK
  • Wakil Sarawak – Ketua Setiausaha, Peguam negeri, Setiausaha Kewangaan, Datu Bandar Abang Haji Mustapha, Temenggong Jugah anak Barieng, Pengarah Mongtegrai, LingBeng Siew dan Chia Chin Sin.
  • Wakil Sabah – Ketua Setiausaha, Peguam Negeri, Setiausaha Kewangan, Datu Mustapha Datu Harun, Donald Stephens dan Koo Siak Chiew.
  • JAK mempunyai 5 jawatankuasa kecil:
    • Perlembagaan
    • Kewangan
    • Perkhidmatan awam
    • Perundangan dan Kehakiman
    • Organisasi Jabatan
  • 30 Ogos 1962 – Mensyuarat pertama di Jesselton (Kota Kinabalu).
  • 18-20 September 1962 – Mesyuarat terakhir.
  • 18 perkara diusulkan bagi Sarawak dan 20 perkara bagi Sabah unuk menjamin hak serta kepentingan rakyat Sarawak dan Sabah.
  • Antara perkara yang menjadi teras utama:
    • Islam – Agama persekutuan Malaysia kecuali Sarawak dan Sabah.
    • Bahasa Melayu – Bahasa rasmi persekutuan Malaysia tetapi bahasa Inggeris juga digunakan sebagai rasmi di Sarawak dan Sabah.
    • Sistem pendidikan – Dikekalkan di bawah kawalan Kerajaan Persekutuan kecuali Sarawak dan Sabah yang kekal di bawah kawalan Kerajaan Negeru sehingga Majlis Negeri membuat pindaan.
    • Dalam Parlimen Malaysia – 24 kerusia diperuntukkan kepada Sarawak, 16 kerusi kepada Sabah dan 15 kerusi kepadda Singapura.
    • Kuasa imigresen – di bawah Kerajaan Persekutuan tetapi Sarawak dan Sabah diberi kuasa tersendiri.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024