Perlembagaan Persekutuan

2.4 - Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1963 dan 1965

Perlembagaan Tanah Melayu 1957 merupakan asas kepada Perlembagaan Persekutuan Malaysia 1963. Pindaan perlembangaan betujuan untuk menyesuaikan peruntukan nigari baharu ke dalam perlembagaan tanpa mengubah kedudukan negeri sedia ada.

Pindaan Perlembagaan 1963

Pindaan ini berlaku selepas pembentukan Malaysia. Terdapat tiga perkara utama yang dipinda iaitu, struktur Mahkamah Atasan, pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo dan jawatan Yang di-Pertua Negeri.

Struktur Mahkamah Atasan

  • Mengikut model Mahkamah Tertinggi England – Terbahagi kepada Mahkamah Atasan dan Mahkamah Rayuan.
  • Setelah Pembentukan Malaysia – 3 Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah Atasan diwujudkan.
  • Tugas Mahkamah Persekutuan – Mendengar mana-mana persoalan perlembagaan dan pertikaian antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.

Pembentukan Mahkamah Tinggi Borneo

  • Mahkamah Tinggi Malaya dikekalkan.
  • Mahkamah Tinggi Borneo diwujudkan.
  • Peranan – Menguruskan soal kehakiman di Sarawak dan Sabah.
  • Jawatan Ketua Hakim Borneo diwujudkan pada tahun 1963.
  • Ketua Hakim Sarawak dan Sabah diubah pada tahun 1994.

Jawatan Yang di-Pertuan Negeri

  • Selepas pembentukan Malaysia – YDPA melantik Yang di-Pertua Negeri untuk mengetuai Sarawak dan Sabah.
  • Sarawak – Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Majlis Tertinggi.
  • Sabah – Yang di-Pertua Negeri perlu mengikut nasihat Kabinet Negeri.

Pindaan Perlembagaan 1965

  • 7 Ogos 1965 – Tunku Abdul Rahman membawa usul pindaan perlembagaan iaitu pindaan Singapura di Parlimen.
  • Parlimen meluluskan pindaan ini – Singapura keluar dari Malaysia.
  • Semua perkara berkaitan Singapura dimansuhkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024