Perlembagaan Persekutuan

2.3 - Ciri Utama Perlembagaan Persekutuan

Terdapat dua ciri utama perlembagaan untuk memelihara kestabilan dan kemajuan negara iaitu ciri tradisional dan ciri moden.

Ciri Tradisional

Ciri tradisional Perlembagaan Persekutuan termasuklah Kesultanan atau pemerintahan beraja, agama Islam, Bahasa Melayu dan kedudukan orang Melayu dan Bumiputera.

Kesultanan atau Pemerintahan Beraja

  • Negeri Melayu menggunakan sistem pemerintahan beraja – Raja berkuasa penuh.
  • Selepas merdeka, pemerintahan beraja disesuaikan dengan konsep Demokrasi Berparlimen – YDPA merupakan pemerintah tertinggi.
  • Pada peringkat negeri, raja merupakan ketua negeri – Mempunyai kuasa eksekutif melalui Majlis Mesyuarat Negeri.
  • Raja mempunyai kuasa mengurniakan anugerah, penghormatan dan bintang kehormat.

Agama Islam

  • Negeri Melayu menggunakan sistem pemerintahan beraja – Raja berkuasa penuh.
  • Pada zaman British – Raja Melayu tidak perlu menerima nasihat pihak British berkenaan hak dan kedaulatan raja, adat istiadat orang Melayu dan agama Islam.
  • Selepas Merdeka – Agama Islam terletak di bawah kuasa raja. YDPA berkuasa terhadap negeri yang tidak beraja dan Wilayah Persekutuan.
  • Peruntukan agama Islam dalam perlembagaan.

Bahasa Melayu

  • Bahasa Melayu adalah digunakan dalam pemerintahan Melayu Melaka.
  • Bahasa Melayu berperanan sebagai lingua franca dan bahasa ilmu.
  • Kini, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi.

Kedudukan Orang Melayu dan Bumiputera

  • Sebelum merdeka – Kedudukan orang Melayu dan bumiputera di bawah kuasa raja dan ketua peribumi.
  • Setelah merdeka – Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sarawak dan Sabah serta kepentingan sah kaum lain di bawah tanggungjawab YDPA.

Ciri Moden

Kerajaan Persekutuan

  • Satu sistem kerajaan Persekutuan diwujudkan.
  • Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri diberi kuasa dalam bidang tertentu.
  • Sarawak dan Sabah diberi beberapa autonomi.

Sistem Demokrasi Berparlimen

  • Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sistem demokrasi – Asas demokrasi adalah pilihan raya umum.
  • Tujuan pilihan raya – Rakyat bebas memilih wakil pemimpin dan menubuhkan kerajaan.
  • Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) – Memastikan pilihan raya dijalankan dengan adil.
  • Pilihan raya persekutuan – Pilih wakil untuk bentuk Kerajaan Persekutuan.
  • Pilihan raya negeri – Pilih wakil untuk bentuk Kerajaan Negeri.

Kewarganegaraan

  • Kewarganegaraan Persekutua diperkenalkan pada tahun 1948.
  • Sebelum ini – Rakyat raja dan kerakyatan British (jika lahir di Melaka dan Pulau Pinang).
  • Selepas merdeka – Taraf kewarganegaraan yang sama kepada rakyatnya.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024