Perlembagaan Persekutuan

2.1 - Latar Belakang Sejarah Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan adalah undang-undang tertinggi sebagai teras pemerintahan sesebuah negara. Negara kita mempunyai perlembagaan persekutuan yang merupakan unsur penting dalam sesebuah negara.

Asas Pembentukan Perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan berasaskan nilai tradisi Kesultanan Melayu dan digabungkan dengan prinsip undang-undang Inggeris yang disesuaikan dengan nilai tempatan. Terdapat dua asa pembentukan perlembagaan adalah Undang-undang Negeri Melayu dan Undang-undang Inggeris.

Undang-undang Negeri Melayu

  • Raja sebagai pemerintah.
  • Rakyat memberikan ketaatsetiaan.
  • Undang-undang dan sistem pemerintahan ditentukan oleh raja.
  • Undang-undang pada zaman Kesultanan Melayu Melaka (Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka) mempengaruhi kandungan undang-undang bertulis di negeri Melayu yang lain (seperti Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang Kedah, Undang-Undang Johor dan Undang-Undang 99 Perak).

Undang-undang Inggeris

  • British memperkenalkan undang-undang di negeri-negeri Selat (NNS) yang dikenali sebagai Charter of Justice.
  • Diambil daripada undang-undang yang digubal di England.
  • Piagam terpilih yang bersesuaian dengan kegunaan NNS sahaja diguna pakai seperti Charter of Justice 1807.
  • Di Sarawak, terdapat The Sarawak Application of Laws Ordinance 1949 yang menggunakan The Common Law of England
  • Di Sabah, undang-undang yang sama disebut Sabah Application of Laws Ordinance 1951.

Negara kita sudah mempunyai undang-undang dan adat Melayu sebagai asas perlembagaan sebelum kedatangan kuasa barat. Undang-undang ini menjadi panduan dan kawalan kepada raja dan pembesar dalam proses pemerintahan negara. Undang-undang ini berubah mengikut perkembangn masyarakat sehingga pengenalan undang-undang dari barat sekitar awal abad ke-19.

Di Sarawak

  • Ogos 1956, Perlembagaan Sarawak beri kuasa kepada Council Negri ( Majlis Negeri) yang terdir daripada 45 orang ahli dan dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha.
  • Majlis Tertinggi dianggotai oleh Ketua Setiausha, Setiausaha Kewangan dan Peguam Negara dan dipengerusikan oleh Gabenor.
  • Perlembagaan Sarwak pada tahun 1959 memberikan kuasa pentadbiran negeri kepada Majlis Tertinggi dan Council Negeri

Di Sabah

  • Majlis Undangan dan Majlis Kerja ditubuhkan pada tahun 1950.
  • Majlis Undangan memberikan kuasa kepada Gabenor untuk menggubal undang-undang dalam pemerintahannya.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024