8.4 -
Peranan Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Kabinet pertama PTM dibentuk selepas Pilihan Raya Umum 1955.
Peranan:
Ke arah berkerajaan sendiri.
Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.
Berkuasa menubuhkan kabinetnya sendiri.
Kabinet 1955 – dibarisi oleh 10 orang Menteri & dianggotai oleh tiga orang pegawai British yang memegang portfolio sebagai Setiausaha Kewangan, Setiausaha Hal Ehwal Ekonomi dan Setiausaha Pertahanan.
Perjanjian Persekutuan – semua Jemaah Menteri diumumkan dengan rasminya oleh Sir Donald MacGillivray.
Wakil tempatan dipilih melalui kabinet pertama.
Nama dan Jawatan:
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - Ketua Menteri
Dato' Abdul Razak Hussein - Menteri Pelajaran
Dato' Sulaiman Dato' Abdul Rahman - Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar
Dr. Ismail Abdul Rahman - Menteri Tanah dan Galian
H.S. Lee - Menteri Pengangkutan
Sardon Jubir - Menteri Kerja Raya
V.T. Sambanthan - Menteri Buruh
Leong Yew Koh - Menteri Kesihatan
Ong Yoke Lin - Menteri Pos dan Telekom
Abdul Aziz Ishak - Menteri Pertanian
Peranan Kabinet Pertama
Bincangkan soal kewangan dan keperluan orang tempatan dalam perkhidmatan awam.
Menyambung sistem yang digunakan dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan yang berasaskan Model Westminster.
Menggunakan kuasa pentadbiran British.
Meminta Kuasa Veto Pesuruhjaya Tinggi dibatalkan.
Membincangkan isu keselamatan dalam negeri dan pertahanan.
Kabinet Pertama Persekutuan Tanah Melayu
Tunku Abdul Rahman – Ketua Menteri
Menunaikan mandat dari rakyat untuk mecapai kemerdekaan.
Dato’ Abdul Razak Hussein – Menteri Pelajaran
Membina bangsa yang bersatu melalui sistem pendidikan.
V.T Sambathan – Menteri Buruh
Melaksanakan tugas terawal bersama-sama menteri lain untuk menjadikan perkhimatan bercorak tempatan.
Mengurangkan pegawai Eropah dalam Malayan Civil Service (MCS) secara berperingkat.
Leong Yew Koh – Menteri Kesihatan
Memenuhi manisfesto Parti Perikatan.
Menjalankan rancangan secara meluas dengan meningkatkan mutu perkhimatan perubatan dan kesihatan secepat mungkin dalam tempoh negara kea rah berkerajaan sendiri.
Dato’ Sulaiman Dato’ Abdul Rahman – Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan dan Perancang Bandar
Dr. Ismail Abdul Rahman – Menteri Tanah dan Galian
H.S Lee – Menteri Pengangkutan
Sardon Jubir – Menteri Kerja Raya
Ong Yoke Lin – Menteri Pos dan Telekom
Abdul Aziz Ishak – Menteri Pertanian
Kabinet pertama PTM memperlihatkan pemimpin yang berwibawa.
Berusaha unutk membangunkan negara menerusi jawatan diamanahkan, bekerjasama, dan berkongsi kuasa antara satu sama lain.
Memanfaatkan pilihan raya bagi memilih wakil dan pemimpin negara.