Pilihan Raya

8.2 - Proses Pilihan Raya Umum Pertama

  • Raja-raja Melayu bersetuju untuk adakan pilihan raya bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan (MPP).
  • Diisytiharkan oleh Sir Donald MacGillivray.

Rundingan Sebelum Pilihan Raya Umum

  • Pembentukan Jawatankuasa Pilihan Raya
    • 1 Feb 1954
    • 46 orang ahli
    • Tujuan: untuk mengkaji hal ehwal pilihan raya yang akan dijalankan.
    • Dua Bentuk Penyata Susunan MPP:
      • Bentuk A
        • Seorang speaker
        • 3 orang ahli dilantik
        • 11 orang wakil negeri
        • 20 orang yang dilantik mewakili kepentingan tertentu
        • 3 orang dilantik mewakili golongan minoriti
        • 2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)
        • 60 orang ahli dipilih melalui pilihan raya
        • Pilihan raya perlu diadakan tidak lewat dari Nov 1954
      • Bentuk B
        • Seorang speaker
        • 3 orang ahli dilantik
        • 11 orang wakil negeri
        • 20 orang yang dilantik mewakili kepentingan tertentu
        • 3 orang dilantik mewakili golongan minoriti
        • 2 orang ahli rasmi (Setiausaha Pertahanan dan Setiausaha Ekonomi)
        • 44 orang yang dipilih melalui pilihan raya
        • 8 orang tambahan lantikan oleh Pesuruhjaya Tinggi
  • Tunku Abdul Rahman & Parti Perikatan memilih bentuk A, sedangkan Jawatankuasa Pilihan Raya memilih bentuk B.

Rombongan ke London

21 April 1954

  • Ahli rombongan Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock, TH Tan, Dato’ Abdul Razak Hussein.
  • Tujuan:
    • Menyatakan hasrat menentukan 3/5 bilangan anggota MPP.
    • Anggota MPP hendakalah dipilih melalui pilihan raya.
  • Di London, dengan pertolongan Lord Ogmore, Tunku Berjaya bertemu dgn ahli Parti Konservatif dan Parti Liberal.
  • Tunku membuat kenyataan tentang hasrat mereka melalui akhbar kepada rakyat British & ahli Parlimen.

Rundingan 14 Mei 1954

  • Tunku Abdul Rahman dengan Oliver Lyttelton (Setiausaha Tanah Jajahan British di London).
  • Rundingan yang gagal kerana mendapat 3/5 ahli melalui pilihan raya.
  • Kembali ke Tanah Melayu - Walau rundingan gagal mereka tetap disambut meriah.
  • Bilangan ahli MPP – Bilangan MPP yang dipersetujui untuk dipilih ialah 52 orang.
  • Dipersetujui oleh British dan Parti Perikatan yang diwakili oleh Tunku Abdul Rahman.

Proses Pilihan Raya Majlis Perundangan Persekutuan 1955

  1. 26 April 1954

    • Suruhanjaya Penentuan Sempadan Kawasan ditubuhkan dan Berjaya membentuk 52 kawasan pilihan raya.
  2. Ogos 1954

    • Rang Undang-undang diluluskan bagi membolehkan pilihan raya diadakan.
  3. 29 Oktober 1954

    • Pendaftaran pengundi mulai 18 Okt 1954 di seluruh Tanah Melayu.
    • Terengganu bermula 29 Okt 1954.
  4. 15 Jun 1955

  • Penamaan calon
    • Syarat untuk menjadi pengundi:
      • Warganegara PTM
      • Berumur 21 tahun dan ke atas
      • individu yang tinggal di PTM dalam tempoh 6 bulan terdahulu
    • Syarat untuk menjadi calon:
      • Warganegara PTM
      • Berumur 21 tahun dan ke atas
      • Telah tinggal di PTM dan tinggal dalam tempoh 12 bulan sebelum penamaan calon
      • Berpengetahuan dalam bahasa Melayu dan Inggeris
  1. Kempen pilihan raya (45 hari)
  2. Mengundi 27 Julai 1955
  3. Peti undi dibawa ke pusat pengiraan undid an proses pengiraan undi dilakukan
  4. Penguguman keputusan

Pilihan Raya Awal di Sarawak

  • 1956 – pilihan raya tempatan diadakan sebagai persediaan awal ke arah berkerajaan sendiri.
  • Kawasan pilihanraya:
    1. Kuching – Kuching Municipal Council (KMC)
      • Dibahagikan kepada 9 kawasan.
      • William Tan dipilih sebagai pengerusi pertama KMC.
      • Ong Kee Hui sebagai timbalan pengerusi.
    2. Sibu – Sibu Urban District Council (SUDC)
      • Dibahagikan kepada 9 kawasan.
      • Ting Chew Huat sebagai pengerusi.
      • John Loo Lin Chong sebagai timbalan.
      • Tindakan pilihan raya mendapat sambutan baik daripada rakyat pelbagai kaum.

Pilihan Raya Awal di Sabah

  • Parti dan kawasan dimenangi:
    1. USNO - 54
    2. UNKO - 38
    3. Borneo Utara National Party (BUNAP) - 29
    4. UNPMP - 12
    5. Bebas - 4

Pembahagian kerusi Majlis Borneo Utara oleh Majlis Kebangsaan Perikatan Sabah

  • Parti dan Kerusi:
    1. USNO - 8
    2. UNKO - 5
    3. BUNAP - 4
    4. UNPMP - 1

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024