Pilihan Raya

8.3 - Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

  • Parti Perikatan menang dalam Pilihan Raya MPP 1955 telah membentuk Kerajaan Persekutuan.
  • Kerajaan Persekutuan:
    • Tunku Abdul Rahman sebagai ketua menteri PTM pertama.
    • Berperanan menggubal undang-undang pentadbiran persekutuan TM.

Perbandingan Majlis Perundangan

  • Majlis Perundangan Persekutuan 1948:

    • 52 orang (ahli tidak rasmi yang dilantik dalam kalangan masyarakat tertentu)
    • 3 orang ex officio (Ketua Setiausaha Kerajaan, Setiausaha Kewangan dan Peguam Besar Persekutuan)
    • 9 orang Residen (Residen British mewakili sembilan buah Majlis Negeri)
    • 2 orang (wakil Negeri-negeri Selat iaitu Pulau Pinang dan Melaka)
    • 11 orang (ahli rasmi dalam kalangan Pegawai Pentadbiran Kerajaan)
  • Majlis Perundangan Persekutuan 1955:

    • 52 orang (ahli yang dipilih melalui pilihan raya)
    • 35 orang (ahli lantikan mewakili kumpulan yang berkepentingan seperti keusahawanan, perlombongan, perindustrian dan pertanian)
    • 11 orang (Menteri Besar mewakili negeri)
    • 2 orang (wakil Negeri-negeri Selat, iaitu Pulau Pinang dan Melaka)

Kesan Penubuhan Majlis Perundangan Persekutuan

  1. Kerajaan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteru dan akan mengambil alih tugas pentadbiran TM daripada Pesuruhjaya Tinggi British.
  2. Proses penukaran dan pembaharuan berlaku secara berperingkat dan mengambil masa. Pesuruhjaya Tinggi British masih memegang tampuk kepimpinan peringikat atasan yang menentukan hala tuju negara.
  3. Kuasai pegawai British kini beransur-ansur dipindahkan kepada rakyat tempatan. Pegawai British yang berperanan sebagai penyelia atau penasihat bidang keselamatan. Susulan itu, Sistem Ahli dimansuhkan.
  4. Keanggotaan MPP menyaksikan perkembangan penting amalan pentadbiran demokrasi di negara kita. Keadaan ini menggambarkan kejayaan Kerajaan Persekutuan yang dibentuk dan dipimpin oleh rakyat tempatan, manakala ahlinya dipilih oleh rakyat.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024