Usaha ke Arah Kemerdekaan

7.2 - Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

  • Selepas Perang Dunia II, British dan pemimpin kaum sedar akan kepentingan perpaduan.
  • Kemerdekaan akan diberikan apabila Melayu, Cina dan India dapat bekerjasama.
  • Perundingan antara pemimpin dilakukan untuk wujudkan kestabilan politik, ekonomi dan sosial.
  • Bekerjasama untuk capai status berkerajaan sendiri.

Penubuhan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

  • Communities Liaison Committee (CLC).

  • Menghimpunkan pemimpin utama masyarakat.

  • Objektif:

    1. Mengkaji hubungan kaum secara mendalam.
    2. Membetulkan keadaan politik, ekonomi dan sosial supaya wujud pembahagian yang adil untuk semua komuniti.
    3. Mewujudkan keadaan harmoni dan muhibah dalam kalangan penduduk.
  • Moto CLC “Kesamaan dan Keadilan untuk Penduduk Tanah Melayu.

  • CLC telah meningkatkan kesedaran kerjasama politik dalam kalangan pemimpin.

  • Pemimpin sedar bahawa mereka perlu berkongsi kepentingan untuk membina negara.

Peranan Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum

  • Berperanan untuk menyelesaikan pelbagai isu yang melibatkan pertikaian antara kaum.

  • Antara isu tersebut adalah politik, kedudukan istimewa orang Melayu, kedudukan ekonomi orang Melayu, kewarganegaraan orang bukan Melayu dan pendidikan.

PERANAN CLC

  1. Peralihan berkerajaan sendiri.

  2. Pilihan raya kpd penduduk TM.

    • Kesan: Diadakan pilihan raya pada peringkat majlis bandaran, majlis negeri dan juga majlis Perundangan Persekutuan.
  3. Orang Melayu mempunyai kedudukan istimewa.

    • Kesan: Kedudukan orang Melayu diperakui dan kepentingan sah kaum lain diiktiraf.
  4. Penubuhan agensi untuk tingkatkan ekonomi dan pendidikan.

    • Kesan: Penubuhan RIDA.
  5. Kewarganegaraan kepada bukan Melayu untuk pupuk taat setia.

    • Kesan:
      • Syarat kewarganegaraan dilonggarkan untuk memberi kedudukan politik kepada kaum bukan Melayu.
      • Lahirkan semangat potriotik dan bertanggungjawab terhadap negara.
  6. Sistem pendidikan seragam.

    • Kesan:
      • Penubuhan jawatankuasa pendidikan.
      • Melahirkan sistem pendidikan yang seragam dan diterima oleh semua kaum.
  • Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum memainkan peranan yang berkesan untuk membentuk persefahaman antara pemimpin kaum di TM.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024