Usaha ke Arah Kemerdekaan

7.1 - Latar Belakang Idea Negara Merdeka

1938

Kesatuan Melayu Muda (KMM)

  • Dipimpin oleh Ibrahim Haji Yaakob.
  • Perjuangkan kemerdekaan melalui konsep Melayu Raya.
  • Idea penyatuan bengsa dan dunia Melayu.
  • Berdasarkan persamaan daerah, darah, kebudayaan dan Bahasa.
  • Selepas KMM diharamkan, Melayu Raya diperjuangkan oleh KRIS dan PKMM.

1945

Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman.
  • Matlamat politik untuk menanam semangat kebangsaan.
  • Kerjasama dengan kaum lain.
  • Slogan “Merdeka”.
  • PKMM berhasrat daulatkan hak rakyat dalam politik, ekonomi, agama, sosial dan budaya.

1946

Angkatan Pemuda Insaf

  • Dipimpin oleh Ahmad Boestamam.
  • Perjuangkan idea negara merdeka yang menekankan pemerintahan demokrasi.
  • Menekankan dasar ekonomi yang utamakn rakyat dan keadilan sosial.
  • Slogan “Merdeka dengan Darah” menyeru untuk perjuangkan mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air.

Penyatuan Kebangsaan Melayu Sarawak

  • Dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
  • Gerakan yang menentang penyerahan British.
  • Mahu Sarawak menjadi negeri merdeka.
  • Pertubuhan ini mahu bekerajaan sendiri seperti dalam perjanjian Perlembagaan 1941.

Pergerakan Pemuda Melayu (PPM)

  • PPM berkorban untuk dapatkan kemerdekaan penuh.

United Malays National Organisation (UMNO)

  • Dipimpin oleh Dato’ Onn Jaafar untuk satukan orang Melayu.
  • Mempertahankan hak bangsa orang Melayu & kedudukan Raja-raja Melayu.
  • Slogan “Hidup Melayu”.
  • UMNO berjuang menetang Malayan Union bagi pelihara status quo.
  • Slogan ditukar kepada “Merdeka” untuk memperjuangkan kemerdekaan TM.

Parti Kebangsaan Melayu Labuan (PKML)

  • Dipimpin oleh Tengku Noordin dan Zakaria Gunn.
  • Jalankan dasar kerjasama dengan penjajah.
  • Menuntut kemerdekaan Sabah.
  • Slogan ‘Hidup Melayu-Merdeka”.
  • Tekankan kesedaran kebangsaan.

Malayan Indian Congress (MIC)

  • Diasaskan oleh John Trivy.
  • Bekerjasama dengan kaum lain untuk memperjuangkan kemerdekaan.
  • Tegaskan bahawa kewarganegaraan yang tunggal.

1947

Hizbul Muslimin

  • Tertubuhnya Majlis Agama Islam Tertinggi (MATA).
  • Diteraju oleh ulama spt abu Bakar As-Baqir, Sheikh Fadhullah Suhaimi dan Sheikh Abdullah Fahim.
  • Perhimpunan MATA melahirkan Hizbul Muslimin.
  • Matlamatnya mencapai kemerdekaan TM sebagai negara Islam.
  • British telah mengharamkan pertubuhan MATA.

1949

Malayan Chinese Association (MCA)

  • Dipimpin oleh Tan Cheng Lock.
  • Menjadikan TM negara yang berbilang kaum dan berdemokrasi penuh.
  • MCA berusaha menyatukan masyarakat Cina.
  • Bekerjasama dengan semua kaum di TM.

1951

Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS)

  • Dipimpin oleh Dr. Burhanuddin al-Helmi.
  • Bercita-cita untuk membina satu negara dan satu bangsa yang teguh.
  • Bahasa Melayu sebagai Bahasa kebangsaan dan rasmi.
  • Menjalankan hukum Islam.

Independence of Malayan Party (MIP)

  • Ditegaskan oleh Dato’ Onn Jaafar.
  • Melaksanakan idea “Tanah Melayu untuk Malayan”.
  • Kemerdekaan tidak boleh dibuat tanpa kerjasama kaum lain.
  • Beliau mahu orang Melayu menjadi pemimpin untuk orang bukan Melayu dan ada hak terhadap politik dan ekonomi.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024