Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.7 - Perjuangan Rakyat Menentang Pendudukan Jepun

  • Dua batalion Rejimen Askar Melayu terlibat dalam mempertahankan Tanah Melayu dari serangan Jepun

Rejimen Askar Melayu Banteng Pertahanan Tanah Air

  • Batalion kedua Rejimem Askar Melayu (RAM) bersama tentera British menentang pendaratan Jepun di Kelantan
  • Pertempuran RAM di Singapura mempunyai semangat juang yang tinggi
  • Leftenan Jeneral A.E Percival, Panglima Pemerintah Tentera British di TM sifatkan semangat juang sebagai contoh keteguhan & ketahanan sebagai inspirasi generasi akan datang

Penentangan MPAJA

  • Kekejaman Jepun menyebabkan orang Cina mencari perlindungan di bawah Parti Komunis Malaya (PKM) bagi elak diseksa & dibunuh
  • Menubuhkan pasukan gerila
  • Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) ditubuhkan selepas PKM bagi mewujudkan pasuka sukarela yang dilatih British
  • PKM beri latihan di Sekolah Latihan Khas di Singapura untuk kerja sabotaj dan perang gerila
  • Mereka dihantar ke TM untuk membentuk pasukan gerila

Kerjasama MPAJA dan Force 136

  • Disember 1943 – MPAJA & Force 136 mewakili British
  • Telah adakan perjanjian kerjasama untuk melawan Jepun
  • MPAJA mendapat bantuan senjata, ubat-ubatan, kewangan dan latihan ketenteraan daripada British

Kerjasama Parti Kuomintang dan MPAJA

  • Gerila Cina yang dikuasai nasionalis drpd Parti Kuomintang (KMT) menentang Jepun
  • Telah menubuhkan Overseas Chinese Anti-Japanese Army (OCAJA) yang dikenali sebagai Tentera Bintang Satu
  • Gerila KMT bersetuju bekerjasama dengan MPAJA atau PKM menetang Jepun

Tokoh Pejuang Tanah Air

  • Leftenan Adnan Saidi
    • Pertempuran di Bukit Candu, Singapura julang nama RAM dan keberanian beliau
  • Leftenan Ibrahim Alla Ditta MC
    • Menyelamatkan hampir 2000 orang tentera Bersekutu yang terperangkap di pantai Johor
    • Dianugerahkan Pingat Military Cross
  • Koperal Yaakob Bidin
    • Dianugerah pingat Military Medal atas keberanian dalam perang di Pasir Panjang

Force 136

Force 136 Ulu Perak - Askar Melayu Setia

  • Mendarat di Hulu Perak
  • Dengan bantuan Pegawai Daerah Gerik Kapten Mohd Salleh Hj. Sulaiman, Askar Melayu Setia ditubuhkan

Force 136 Pahang - Wataniah Pahang

  • Mendarat di Raub, Pahang
  • Dengan bantuan Penolong Pegawai Daerah Raub, Yeop Mahidin, gerila Wataniah Pahang ditubuhkan

Force 136 Kedah - Gerila Melayu Kedah

  • Mendarat di Kg. Kuala Jening, Kedah
  • Dengan bantuan Pegawai Daerah Kedah dan Tuanku Abdul Rahman gerila Melayu Kedah ditubuhkan

Penentangan Individu

Gurchan Singh

  • Anggota polis sebelum pendudukan Jepun
  • Menyebarkan risalah dan propaganda
  • Nama samaran "Lion of Malaya"
  • Risalahnya diedar secara teratur dan berkesan untuk memberitahu pendudukan tentang fakta sebenar perang dan pendudukan tentera Jepun
  • Menghadiri sidang akhbar tentera Jepun dengan menyamar sebagai wartawan

Syabil Kathigasu

  • Nama Syabil Medan Daly, jururawat yang berani dan cekal membantu mangsa perang gerila anti-Jepun di Perak
  • Syabil dan suami Dr. Abdon Clement Kathigasu buka klinik di Ipoh sebelum perang hingga kedatangan Jepun
  • Semasa Jepun mereka memberi bantuan ubat dan perubatan kepada gerila anti-Jepun
  • Menyembunyikan radio dan berkongsi maklumat dari siaran radio British dengan gerila anti-Jepun mereka ditangkap bila kegiatan terbongkar

Gerakan Anti-Jepun di Sarawak dan Sabah

Operasi Semut

  • Operasi peninjaun oleg Unit Khas Z Australia
  • Sebahagian dari kempen tentera Bersekutu menentang Sarawak
  • Dilaksanakan oleh Australian Services Reconnaissance Department (SRD)
    • Kumpulkan risikan
    • Melatih orang tempatan melancarkan perang gerila melawan Jepun
  • Mei 1945 – SRD mendarat di kawasan tengah dan timur laut Sarawak untuk mengatur penentangan
  • Anggota terdiri daripada Australia, British dan New Zealand
  • Rekrut tempatan dikenali sebagai gerila semut
  • Mengambil orang Kayan, Kenyah, Kelabit, Iban dan Murut
  • Gerila semut pakar dalam merancang taktikal perang gerila menentang tentera Jepun

Pemberontakan Jesselton

  • Dikenali sebagai Double Tenth
  • Penentangan terhadap pendudukan tentera Jepun di Sabah
  • Diketuai oleh Albert Kwok
  • Dikenali sebagai gerila Kinabalu
  • Lancarkan serangan terhadap penjabat pentadbiran, balai polis & kemudahan Tentera Diraja Jepun
  • Membunuh tentera Jepun di Jesselton
  • Tentera Jepun kemudiannya lancarkan serangan balas dengan kejam
  • Disember 1943 – Albert Kwok serahkan diri dan dihukum bunuh

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024