Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.5 - Faktor Kedatangan Jepun di Negara Kita

  • Serangan bermula pada Disember 1941di Tanah Melayu
  • Serangan Sabah dan Sarawak pada 16 Disember 1941
  • Kedatangan Jepun atas sebab ingin penuhi keperluan ekonomi dan kepentingan strategic ketenteraan akibat sekatan ekonomi
  • Jepun menggunakan propaganda berbentuk slogan
    • Semangat Asia
    • Asia untuk Orang Asia
  • Propaganda menanamkan semangat anti-penjajah Barat
  • Menonjolkan imej Jepun sebagai pembela negara Asia

Eksploitasi Sumber Bahan Mentah

  • Jepun ingin eksploitasi sumber bahan mentah seperti bijih timah dan getah
  • Kepentingan keperluan perindustrian dan operasi ketenteraan Jepun
  • Sasaran Jepun di Sarawak untuk dapatkan sumber minyak
  • Jepun di negara kita adalah sebahagian daripada rancangan Lingkungan Sekemakmuran Asia Timur Raya untuk kukuhkan ekonomi Jepun

Kepentingan Strategik Ketenteraan

  • Kedudukan Tanah Melayu yang strategik
  • Pangkalan tentera laut British di Singapura
  • Pangkalan tersebut penting untuk buka laluan penguasaan Jepun
  • Penguasaan Pulau Borneo penting untuk menjayakan operasi penaklukan tentera Jepun di Pulau Jawa

Serangan Jepun terhadap Negara Kita

  • Pendaratan serentak di Pantai Sabak Kota Bharu dan Singgora dan Pattani di Thailand – 8 Disember 1941
  • Keseluruhan Tanah Melayu jatuh ke tangan Jepun apabila Singapura ditawan pada 15 Februari 1942
  • Tentera Jepun mendarat di Kota Bharu dan mara ke selatan melalui jalan darat di negeri pantai timur
  • Kapal Refulse dan Prince Of Wales di gerakan untuk menyekat kemaraan Jepun
  • Ditenggelamkan oleh Jepun di pengairan Kuantan
  • Serangan Jepun melalui Pantai Timur
  • Tentera Jepun mendarat di Thailand memasuki Kedah
  • Berpecah kepada dua pasukan untuk mara ke selatan
  • Satu pasukan ke Pulau Pinang – mara ke selatan melalui persisiran pantai
  • Satu pasukan lagi melalui jalan darat menuju bandar utama negeri pantai barat
  • Kemaraan tentera Jepun melalui pantai barat
  • Serangan tentera Jepun ke atas Sarawak dan Sabah bermula pendaratan di Miri
  • Sepasukannya Mara ke Sibu dan Kuching
  • Sepasukan lagi mara ke Sabah melalui Labuan dan menduduki bandar utama Sabah
  • Pendudukan Jepun di Sandakan melengkapkan kempen serangan Jepun di Sabah

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024