Konflik Dunia dan Pendudukan Jepun di Negara Kita

3.6 - Dasar Pendudukan Jepun di Negara Kita

Dasar Pentadbiran

Pentadbiran Tentera Jepun

  • Pemerintahan Tentera Tanah Melayu
  • Menggabungkan Tanah Melayu dan Sumatera
  • Membentuk Kawasan Pertahanan Khas
  • 1994 - Tanah Melayu dan Sumatera ditadbir secara berasingan kerana berbeza sistem politik dan ekonomi
  • Tanah Melayu dikenali sebagai Malai Baru
  • Sabah, Sarawak, Brunei dikenali sebagai Kita Boruneo

Dasar terhadap Raja-raja Melayu

  • Mengiktiraf Raja-raja Melayu sebagai ketua hal ehwal agama dan adat
  • Diberi bayaran pencen seperti sebelum perang
  • Kedudukan Raja sebagai sultan di negeri masing-masing di bawah pengawasan Gabenor
  • Pengiktirafan dibuat semasa persidangan Raja-raja Tanah Melayu dan Sumatera

Dasar terhadap Kepimpinan Tempatan

  • Berikenaikan pangkat kepada pemimpin tempatan
  • Untuk atasi masalah kekurangan pegawai & mendapat sokongan penduduk
  • Tubuhkan Institut Latihan Pemimpin-pemimpin Muda atau Koa Kunrenjo
  • Melatih & menanam semangat perjuangan politik Jepun

Dasar Ekonomi

  • Jepun melaksanakan sistem ekonomi kawalan
  • Rancangan Pengeluaran Lima Tahun (RLPT) & Jawatankuasa Penyelidikan Bahan
  • Mengawal selia pelupusan barangan
  • Buat penyelidikan kegunaan baharu bagi sumber tempatan
  • RLPT untuk membangunkan industri tempatan
  • Memastikan penggunaan optimum peralatan dan kemudahan
  • Mata wang Jepun dicetak menggantikan mata wang British
  • Dikenali sebagai wang pokok pisang

Dasar Sosial

Pendidikan

  • Menutup sekolah Inggeris & Cina
  • Bangunan sekolah digunakan untuk pentadbiran tentera Jepun
  • Hakko Ichiu
  • Pupuk semangat nasionalisme Asia & hapuskan pengaruh Barat

Sikap Jepun Terhadap Agama

  • Tentera Jepun hormat agama Islam & adat Melayu
  • Tidak campur tangan dalam adat resam
  • Majlis Agama Negeri dibentuk dan persidangan agama Islam diadakan

Catuan dan Penghasilan Makanan

  • Ordinan Kawalan Barangan & Bahan Penting untuk kawal bekalan
  • Galakkan rakyat menanam bahan makanan sendiri
  • Kempen "Tambah Lebih Banyak Makanan"

Layanan Terhadap Penduduk

  • Jepun beri layanan berbeza mengikut kaum
  • Melayu - Jepun memberi layanan baik untuk dapatkan sokongan masyarakat
  • India - Jepun membantu tubuhkan Tentera Kebangsaan India
  • Cina - Jepun memberi layanan kejam

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024