Pemasyhuran Kemerdekaan

10.4 - Kesan Kemerdekaan terhadap Negara Kita

Politik

Pengalaman Sistem Raja Berpelembagaan

  • Setelah merdeka negara amal konsep Raja Berpelembagaan.
  • YDPA menjadi ketua utama negara dengan bidang kuasa tertentu.
  • Muzium Diraja - bertempat di Istana Negara Lama, Jalan Istana, Kuala Lumpur tempat bersemayam Seri Paduka Baginda.
  • YDPA dan Raja Permaisuri Agong I hingga XIII (1957-2011). diubah suai beberapa kali dan mengalami penambahan besar-besaran pada tahun 1980-an dengan pembinaan Balairung Seri untuk upacara rasmi.
  • Kini, istana lama ini dijadikan muzium dan dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013 mempunyai visi, iaitu untuk menjadi pusat rujukan dan penyelidikan dalam segala aspek berkaitan dengan institusi Raja Berperlembagaan. untuk menjadi muzium khas menjelaskan secara komprehensif peranan ruang Istana Negara.
  • Kompleks Istana Negara lama ini kini terdiri daripada dua blok bangunan, iaitu Galeri Istana Negara dan Balairung Seri.
  • Galeri Istana Negara merupakan tempat bersemayam Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
  • Setiap ruang mempunyai nama khas, fungsi, rekaan dan protokol yang tersendiri.
  • Balairung Seri pula digunakan untuk upacara rasmi dan istiadat rasmi seperti Upacara Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Upacara Mengangkat Sumpah dan Upacara Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan serta Majlis Santapan Diraja.

Demokrasi Berparlimen

  • Rakyat mempunyai kuasa memilih kerajaan dan pemerintah melalui pilihan raya.
  • Pilihan raya memberi rakyat hak bersuara dan memilih wakil untuk menentukan hala tuju masa depan dan kesejahteraan negara.
  • Parlimen berkuasa menggubal undang-undang pada peringkat Persekutuan.
  • Peringkat negeri , Dewan Undangan Negeri berkuasa menggubal undang-undang.
  • Hal ini menjadikan undang-undang lebih berkesan dan memakmurkan negara.

Pentadbiran Negara

  • Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri PTM yang pertama.
  • Tunku mengekalkan ahli kabinet yg ada dan membuat perubahan dengan melantik Dato’Abdul Razak Hussein sebagai Timbalan Perdana Menteri.
  • PTM mempunyai seorang Menteri Luar sebagai tanda kebebasan negara menjalankan dasar luar negara yang disandang oleh Tunku Abdul Rahman.

Cabaran Kerajaan Persekutuan

  • Menggantikan pegawai Eropah dengan rakyat tempatan.
  • Khususnya dalam bidang professional, pendidikan tinggi, keselamatan dan pertahanan.

Peringkat Antarabangsa

Dasar Luar

  • Melalui pengukuhan Kementerian Luar.
  • Awal 1957, kumpulan pertama pegawai dihantar ke Britain untuk mendapatkan latihan.
  • Tokoh penting dalam menentukan dasar luar negara seperti Tan Sri Muhammad Ghazali Shafie dan Dr. Ismail Abdul Rahman yang pernah dilantik sebagai Menteri Luar.
  • Negara menjalinkan hubungan dgn Indonesia, India, New Zealand, Mesir dan Jepun.

Menganggotai Komanwel

  • PTM diterima untuk menyertai pertubuhan Komanwel.
  • Pertubuhan Komanwel bermanfaat untuk merapatkan sosioekonomi.
  • Medan untuk negara kita pamerkan komitmen.

Pertahanan Negara

  • Sebelum merdeka negara kita dilindungi melalui pembentukan kerjasama pertahanan Britain, Australia dan New Zaeland.
  • Selepas merdeka Tunku ingin mengekalkan hubungan baik dgn Britain dan negara Komanwel.
  • Negara belum mempunyai pertahanan menyebabkan negara memerlukan bantuan dari Britain dengan perjanjian pertahanan yang dinamakan Anglo Malaya Defence Agreement (AMDA) pada 1957.

Penyertaan dalam Blok Sterling

  • Negara menggunakan Pound Sterling dalam urusan perdagangan antarabangsa.
  • Kedudukan PTM sebagai negara yang berpendapatan tinggi hasil getah dan bijih timah memperkuat kedudukan mata wang Pound Sterling.
  • Penyertaan PTM yg mempunyai kedudukan ekonomi yang kukuh dalam Sistem Keutamaan Tarif Komanwel (Commonwealth Preferential Tariff System) turut memperkukuh kedudukan ekonomi ahli.

Diiktiraf Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)

  • Negara kita menjadi ahli PBB dalam persidangan pada 17 September 1957.
  • Merupakan anggota ke 82.
  • Bendera kita dikibarkan dalam satu upacara rasmi di ibu pejabat PBB di New York pada 15 Oktober 1957.
  • Negara kita turut menjunjung prinsip PBB untuk melindungi hak asasi manusia.

Misi Pengaman PBB

  • Negara terlibat dalam misi pasukan pengaman PBB di Congo.
  • Pemilihan menggambarkan kepercayaan dan pengiktirafan tertinggi PBB kepada sebuah negara baru untuk sama-sama terlibat dalam pengurusan konflik antarabangsa.

Ekonomi

Rancangan Malaya Pertama 1956-1960

  • Meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.
  • Beri tumpuan pada sector luar bandar.
  • Pelbagaikan pertanian dan tambah peluang pekerjaan.

Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA)

  • Memajukan tanah baharu bagi pertanian & penempatan.
  • Keluarga dari luar bandar dipindahkan ke rancangan tanah FELDA untuk menanam getah atau kelapa sawit.
  • Kemudahan asas disediakan oleh peneroka.

Institusi Kewangan Tempatan

  • Malayan National Bank/ Bank Kebangsaan Negara merupakan bank yang diwujudkan untuk orang Melayu.
  • Bank Negara beroperasi bagi menggalakkan kestabilan kewangan.

Pembangunan Luar Bandar

  • Kementerian Pembangunan Luar Bandar diwujudkan pada 17 November 1959, hasil penstrukturan pentadbiran yang
  • bertanggungjawab untuk membangunkan infrastruktur, sosial dan ekonomi luar bandar.
  • Majlis Pembangunan Luar Bandar ditubuhkan pada peringkat negeri dan daerah bagi merancang dan menyelaraskan pelaksanaanprojek pembangunan.
  • Kerajaan memberikan keutamaan kepada penyediaan kemudahan asas untuk penduduk luar bandar.

Rancangan Buku Merah

  • Mengandungi projek berkaitan dengan kemudahan asas seperti jalan kampung, jambatan, surau dan lain-lain.

Sosial

Pendidikan

  • Kerajaan keluarkan Penyata Rahman Talib bagi mengkaji semula Penyata Jawatankuasa Pelajaram 1956.
  • Memberi penekanan kepada Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.

Penubuhan Dewan Bahasa Dan Pustaka

  • Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
  • Dewan Bahasa ditubuhkan pada 22 Jun 1956 sebagai sebuah jabatan di bawah Kementerian Pelajaran.

Jabatan Penerangan

  • Menyampaikan maklumat tentang peristiwa dalam dan luar negara.
  • Menerangkan kepada rakyat tentang falsafah, dasar dan wawasan negara.

Kesihatan

  • Pusat kesihatan dan hospital ditubuhkan untuk tingkatkan sosioekonomi penduduk luar bandar.
  • Kemeterian Kesihatan memanikan peranan penting dalam pemulihan isu sosial.

Kemudahan Asas

  • Diberi perhatian kerajaan pd awal kemerdekaan.
  • Bekalan elektrik dan air bersih diutamakan demi keselesaan dan kesihatan penduduk.
  • Untuk membantu meningkatkan taraf hidup.
  • Merapatkan jurang antara penduduk luar bandar dengan bandar.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024