Pemasyhuran Kemerdekaan

10.1 - Pengertian Kemerdekaan

  • Maksud merdeka
    1. Bebas daripada sebarang cengkaman kuasa asing.
    2. Bebas menentukan pemerintahan dan hala tuju negara.
  • Takrif kemerdekaan
    1. Bebas dari penjajahan, kurungan / naungan.
    2. Negara merdeka bermakna negara yang berdaulat iaitu mempunyai kuasa tertinggi.

1. Tokoh gerakan Pan-Islamisme

Sayyid Jamal al-Din al-Afghani

  • Perjuangan bagi menghadapi penjajah hendaklah disertai semangat kebangsaan (jinsiyyah) dan cinta akan tanah air yang merdeka (wataniyyah).
  • Yakin, rakyat perlu membebaskan diri daripada pencerobohan luar dengan bersatu padu bagi mempertahankan maruah diri, bangsa, agama dan negara.

Rashidi Rida

  • Kedaulatan dan kekuatan sesebuah negara adalah untuk membebaskan diri daripada penjajah Barat.
  • Kedaulatan sesebuah negara adalah dengan menghidupkan sistem khalifah & menghapuskan ikatan perkauman.

2. Tokoh Perjuangan Kemerdekaan India

Mahatma Gandhi

  • Memperjuangkan pembebasan rakyat India dari belenggu kemiskinan dan penindasan kasta. Kemerdekaan perlu merangkumi politik, ekonomi dan moral.
  • Setiap negara berhak menguruskan sendiri negaranya, walau sukar supaya setiap komuniti hidup dlm harmoni

3. Tokoh Pejuang Kemanusiaan Afrika

Nelson Mandela

  • membebaskan rakyat Afrika dari penindasan dasar Aparteid di Afrika Selatan.
  • Kebebasan bukan hanya satu pertempuran untuk melawan satu kumpulan atau warna kulit, tetapi satu pertempuran terhadap sebuah sistem yang menindas.
  • Kebebasan boleh dicapai melalui politik, bebas dari perhambaan, kemiskinan dan penderitaan.

4. Presiden Indonesia

Soekarno

  • Kemerdekaan beerti bebas selama-lamanya.
  • Kebebasan ini merangkumi kebebasan untuk berfikir, bertindak daripada politik penindasan dan rejim autokratik.
  • Pandirlah sesuatu bangsa penjajah jika berfikir bangsa yg dijajah itu akan terus didominasi oleh mereka.
  • Rakyat yg dijajah akan menganggap hilangnya dominasi asing sebagai satu pembebasan.
  • Kemerdekaan akan membentuk masyarakat baharu yg demokratik tanpa kelas dan kasta.

5. Perdana Menteri Pertama

Tunku Abdul Rahman

  • Kemerdekaan ibarat tempat perhentian dalam perjalanan yang jauh bagi wujudkan sebuah negara baru.
  • Rakyat perlu berkhimat untuk negara yang baru, berusaha dengan tenaga dan fikiran untuk mencipta satu bangsa.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024