Pemasyhuran Kemerdekaan

10.3 - Detik Pemasyhuran Kemerdekaan Negara

  • 30 Ogos 1957
    • Permulaan sambutan di Padang Kelab Selangor.
    • Menjelang tengah malam – jalan sekitar KL dipenuhi dengan kenderaan, jalan sesak, suasana malam meriah.

Detik Pemasyhuran

  • 10.00 Malam
    • Wakil Parti Perikatan dari PTM dan Singapura berpakaian baju Melayu hitam.
  • 10.30 Malam
    • 300 orang pemuda membentuk barisan kehormatan mengambil tempat di tengah padang menghadap Jalan Raja (Menara jam).
  • 11.58 Malam
    • Semua lampu di padang dipadamkan sehingga seluruh kawasan gelap.
  • 12.00 tengah malam
    • Lampu dipasangkan dan berbunyi menandakan detik 12:00 tengah malam. Diikuti dengan laungan “Merdeka”.
    • Bendera Union Jack diturunkan dengan iringan lagu God Save The Queen dimainkan sebagai tanda berakhirnya pentadbiran British.
    • Bendera PTM dinaikkan dengan iringan lagu Negaraku.
    • Sorakan “Merdeka” dilaungkan sebanyak 7 kali.
    • TAR memberi tabik hormat semasa bendera PTM dinaikkan.
  • 12:10 tengah malam
    • TAR terima tabik hormat dan memeriksa perbarisan pewakilan negeri.
    • Digelarkan Bapa Kemerdekaan Tanah Air.
  • 12:25 tengah malam
    • TAR beri ucapan dengan penuh semangat.
  • 12:55 tengah malam
    • Majlis diakhiri dengan doa selamat.

Peristiwa Bersejarah di Stadium Medeka

  • Di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur Perarakan barisan pasukan tentera Orang ramai dianggarkan 20 ribu orang membanjir stadium.
  • Di atas pentas kelihatan Raja-raja Melayu dan wakil Queen Elizabeth II Duke of Gloucester serta beberapa pegawai tinggi British dipayungi biduanda.
  • 8:15 pagi
    • TAR tiba di perkarangan stadium.
    • Ketibaan Raja-raja Melayu, YDPA dan Permaisuri, Duke da Duchess of Gloucester.
    • Surat Perlembagaan Serahan Kuasa diserahkan kepada TAR
    • TAR membaca Pemasyhuran Kemerdekaan bagi mengisytiharkan bahawa PTM mecapai kemerdekaan dan kedaulatan.
    • Laungan “Merdeka” sebanyak 7 kali.
    • Disusuli dengan laungan azan sebagai tanda rasa syukur terhadap kemerdekaan.
    • Menaikkan bendera PTM sambal diiringi lagu Negaraku.
    • 101 das tembakan dilepaskan sebagai tanda PTM negara yang berdaulat dan merdeka.
  • 11:00 pagi
    • Istiadat Mengangkat Sumpah YDPA diadakan di Balairong Seri, Istana Negara.
    • Pelantikan jawatan Perdana Menteri, Ahli Jemaah Menteri, Hakim Besar serta Gabenor Pulau Pinang dan Melaka.
  • 1:30 pagi
    • Majlis jamuan di Residensi diadakan bagi mengucapkan selamat jalan kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi Sir Donald MacGillivray.
  • 5:25 petang
    • Sir Donald MacGillivray dan isteri berangkat ke Lapangan Terbang Kuala Lumpur ke England.
    • Beliau diberikan penghormatan dengan permaidani merah dan barisan kehormat oleh Batalion Keempat Askar Melayu.

Sambutan Kemerdekaan di Luar Negara

London

  • Sambutan diadakan di Trafalgar Square pada pagi 31 Ogos 1957.
  • Bendera PTM dinaikkan di Malaya House selepas Penisytiharan Kemerdekaan dibaca.

Indonesia

  • Perayaan selama 2 hari diadakan secara besar-besaran di Kota Raja, Medan, Pekan Baru, Jambo, dan lain-lain.

Negara lain

  • Sambutan turut diadakan di Arab Saudi, Amerika, Australia, Jepun dan lain-lain.

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp, Telegram and Discord!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024