Warisan Negara Bangsa

1.3 - Keunggulan Sistem Pentadbiran dan Undang-undang

  • Keunggulan bererti kesempurnaan & keistemewaan yang dimiliki oleh sebuah kerajaan
  • Dibuktikan melalui sistem pentadbiran & undang-undang yang tersusun

Sistem Pentadbiran

  • Sistem pentadbiran yang tersusun dikenali sebagai Pembesar Empat Lipatan
  • Sultan Melaka juga memberi kuasa memerintah & mentadbir sesuatu wilayah, sungai atau pulau kepada para Pembesar Berempat
  • Kawasan dikenali sebagai kawasan pegangan
  • Sistem pentadbiran KMM tersusun & berhierarki
  • Terdapat Pembesar Berempat (BPTL):
    • Bendahara - ketua pentadbir, ketua angkatan tentera
    • Penghulu Bendahara – uruskan perbendaharaan
    • Temenggung – menjaga keselamatan
    • Laksamana - mengutip cukai di pelabuhan, panglima angkatan tentera laut
  • Pembesar yang membantu dalam pentadbiran ialah (SBOHP):
    • Syahbandar
    • Benatara
    • Orang Kaya
    • Hulubalang
    • Penghulu

Peringkat Pentadbiran Berpusat

  1. Dilaksanakan oleh pembesar berempat (BPTL)
  2. Ada hubungan persefahaman dua hala antara sultan dan pembesar memastikan kejayaan KMM
  3. Permuafakatan ini mewujudkan proses pentadbiran yang sempurna & dapat mengelakkan sebarang tindakan sewenang-wenangnya pemerintah
  4. KMM mempunyai sistem kewangan yang teratur, sumber pendapatan diperoleh daripada urusan perdagangan, cukai dan ufti daripada wilayah taklukan & naungan
  5. Dari segi keselamatan, KMM mempunyai sistem keselamatan yang kemas untuk menjaga darat dan laut

Peringkat Jajahan

  1. Pembesar digalakkan menguruskan pentadbiran di daerah & kampung
  2. Pembesar dilantik oleh Pembesar Berempat
  3. Peranan:
    • Menjaga & mengekalkan keamanan kawasan pentadbiran & dibenarkan mengutip cukai

Undang-undang

  • KMM mempunyai dua undang-undang berasaskan syariah dan hukum adat:
    • Hukum Kanun Melaka
    • Undang-undang Laut Melaka

Hukum Kanun Melaka

  • Mempunyai 44 Fasal yang membincangkan jenayah, peranan sultan dan pembesar, kekeluargaan dan hal ekonomi
  1. Jenayah
    • Perbuatan yang menggugat ketenteraman & keharmonian KMM
    • Hukuman akan dikenakan terhadap perbuatan jenayah seperti membunuh, menikam dan mencuri
    • Antara kesalahan yang dikenakan hukuman bunuh termasuk:
      • Fasal 5.1 – apabila didapati membunuh orang lain tanpa pengetahuan raja atau pembesar, maka dia akan dihukum bunuh
      • Fasal 4 – hukuman bunuh dkenakan kepada sesiapa yang ingkar arahan & memalsukan titah sultan
  2. Peranan Sultan Dan Pembesar
    • Setiap pembesar mempunyai peranan dalam pentadbiran dan perlu arif dalam hal berkaitan pelaksanaan undang-undang
      • Fasal 1 – dijelaskan tugas sultan, Bendahara, Temenggung dan Penghulu Bendahari
  3. Kekeluargaan
    • Bertujuan mewujudkan keharmonian dalam keluarga dan selesaikan masalah yang dihadapi keluarga atau dalam perkahwinan
      • Fasal 26 – pernikahan memerlukan empat orang saksi, jika tidak cukup dua memadai. Hamba abdi dan wanita tidak boleh menjadi saksi dalam pernikahan
  4. Ekonomi
    • Mempunyai peraturan yang jelas mengenai urus niaga untuk mengawal perdagangan
      • Fasal 30 – amalan riba diharamkan dalma urusan perniagaan dan orang yang menjalaankan perniagaan hendaklah akil baligh, siuman & perlu melafazkan niat jual beli

Undang-undang Laut Melaka

  • Diusahakan oleh beberapa nakhoda Melaka, iaitu Nakoda Jenal, Nakhoda Diri dan Nakhoda Sahak
  • Undang-undang yang diperkenalkan oleh Sultan Mahmud Shah
  1. Peranan Nakhoda
    • Berkuasa penuh & diibaratkan sebagai raja dalam pelayaran
      • Fasal 13.1 - nakhoda perlu diberikan keutamaan untuk berniaga selama 4 hari
      • Fasal 13.3 – sekiranya nakhoda singgah di tempat yang tidak ada dalam persinggahan, nakhoda perlu bermesyuarat dengan semua orang di dalam kapal untuk dpt persetujuan
  2. Pelayaran
    • Menjelaskan peranan pegawai, jurumundi, malim dan & jurubatu
      • Fasal 9 – malim harus arif tentang ilmu pelayaran. Mengetahui ombak, arus dan kedudukan bulan dan bintang
  3. Jenayah
    • Sebarang perbuatan jenayah di atas kapal yang menggugat keselamatan dan ketenteraman isi kapal
      • Fasal 5 – seseorang yang berkelakuan jahat dan membunuh orang di atas kapal
  4. Percukaian
    • Sistem yang sistematik dan adil
    • Cukai dikenakan di dalam urusan pelayaran untuk perdagangan
      • Fasal 6.3 – nakhoda menentukan jumlah cukai yang dikenakan terhadap penumpang, iaitu 1/10 daripada hasil penumpang sekiranya penumpang ingin turun sebelum sampai janjinya sama ada tiga tahun, tiga bulan atau tiga hari

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024