Warisan Negara Bangsa

1.2 - Ciri-ciri Negara Bangsa Kesultanan Melayu Melaka

Kerajaan

  • Kerajaan wujud dengan adanya raja
  • Raja merupakan pemerintah tertinggi & dibantu oleh pembesar
  • Diperkukuhkan dengan Sistem Pembesar Empat Lipatan
  • Menjadikan Melaka sebagai empayar terbesar kerana sistem pentadbiran tersusun
  • Selepas kedatangan Islam, KMM mula menggunakan gelaran sultan

Rakyat

  • Setia pada Sultan Melaka & patuh undang-undang
  • Rakyat Melaka yang terdiri daripada orang Melayu dan Orang Laut
  • Kesejahteraan rakyat dijamin oleh sultan, rakyat mengakui kekuasaan sultan
  • Hubungan timbal balik mewujudkan persefahaman & ikatan antara golongan pemerintah dengan golongan diperintah

Kedaulatan

  • Merupakan lambang kekuasaan tertinggi sultan
  • Merupakan hak mutlak sultan untuk mengawal rakyat dan wilayah
  • KMM diakui oleh kerajaan lain dan bebas dari campur tangan kuasa asing
  • Diiktiraf oleh kerajaan Dinasti Ming, telah menghantar orang utusan termasuklah Laksamana Cheng Ho untuk eratkan hubungan antara China dan Melaka

Undang-undang

  • Dua undang-undang bertulis iaitu, Hukum Kanun Melaka & Undang-undang Laut Melaka
  • Digunakan untuk mengukuhkan kerajaan dan melindungi rakyat

Wilayah Pengaruh

  • Merujuk kepada kawasan pemerintahan
  • Raya yang diterima dan diakui oleh rakyat
  • KMM mempunyai wilayah pengaruh yang yang luas merangkumi Semenangjung Tanah Melayu dan pantai timur Sumatera
  • Wilayah pengaruh diperolehi daripada penaklukan dan perkahwinan
  • Wilayah pengaruh yang luas membuktikan kewibawaan pemerintah kerajaan

Lambang Kebesaran

  • Identiti sebuah kerajaan & keistimewaan Sultan Melaka
  • Lambang juga merupakan simbol kedaulatan sultan yang memerintah
  • Contoh lambang: adat istiadat, pengunaan warna, nobat, regalia dan cap mohor
  • Cap mohor digunakan untuk mengesahkan arahan sultan

Maksud Wilayah Pengaruh

  1. Wilayah taklukan

    • Yang diperolehi daripada peperangan
    • Contoh: Pahang, Kuala Linggi, Kelantan, Rokan, Inderagiri & Kampar
  2. Wilayah naungan

    • Yang menerima ketuanan Kesultanan Melayu Melaka melalui perkahwinan/ persahabatan
    • Contoh: Lingga, Patani & Kedah

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024