Warisan Negara Bangsa

1.1 - Latar Belakang Negara Bangsa Sebelum Kedatangan Barat

Ciri-Ciri Negara Bangsa Kerajaan Alam Melayu

Raja

  • Tonggak utama kerajaan
  • Diperkukuh dengan pentadbiran oleh para pembesar
  • Peroleh ketaatan daripada rakyat
  • Contoh: Raja Champa dianggap suci & dikaitkan dengan Dewa Siva

Undang-undang

  • Dilaksanakan bagi memastikan kesejahteraan sebuah kerajaan
  • Panduan pentadbiran kerajaan
  • Contoh: Kerajaan Majapahit mengamalkan undang-undang Kutara Manawa

Wilayah Pengaruh

  • Kawasan yang rakyatnya menerima dan memperakui pemerintahan seorang raja
  • Contoh: Kerajaan Funan ada wilayah yang luas dari Sg Mekong, Teluk Cam Ranh, selatan Myanmar & Segenting Kra

Rakyat

  • Penduduk di sebuah wilayah yang setia kepada raja & tidak derhaka
  • Contoh: Kerajaan Srivijaya membuktikan kesetiaan mereka kepada raja dengan upacara persetiaan & meminum air sumpah

  • Ciri-ciri negara bangsa membawa kesejahteraan kepada empayar Srivijaya dan diwarisi oleh Kesultanan Melayu Melaka
  • Menyerapkan ciri-ciri dalam memperkukuhkan negara bangsa kesultanan
  • Kesultanan Johor-Riau teruskan ciri-ciri ini dengan menekankan kepentingan Islam

Answer practice questions to test your knowledge

Join our community on Whatsapp!

WeAcademia Sdn Bhd © 2024